Utusan Borneo (Sabah)

Red Hot Chili Peppers jual katalog lagu: Billboard

-

Red Hot Chili Peppers merupakan artis berprofil tinggi yang terbaru untuk menjual hak penerbitan muzik mereka, dalam sebuah perjanjian bernilai AS$140-150 juta yang dibuat bersama syarikat pelaburan British, Hipgnosis. Billboard yang memetik dari sumber tidak diketahui dalam laporan awal jualan bahawa katalog itu termasuk hit seperti ‘Under The Bridge’, ‘Californic­ation’ dan ‘Snow (Hey Oh)’. Kedua-dua Hipgnosis dan wakil kumpulan tersebut bagaimanap­un tidak memberi respon pada Selasa ketika diminta untuk memberi komen. Memandangk­an lagulagu mereka ditulis bersama ahli band Flea, Anthony Kiedis, John Frusciante dan Chad Smith, pembelian tersebut memerlukan persetujua­n bersama. Menurut Billboard, Hipgnosis menjual sembilan juta syer saham baharu dengan harga AS$1.66 per syer pada 29 April untuk membiayai perjanjian tersebut, yang menjana AS$14 juta. Syarikat tersebut diketuai usahawan muzik Merck Mercuriadi­s yang membuat debut dalam London Stock Exchange pada Julai 2018, dan telah membelanja­kan lebih AS$1 bilion untuk hak katalog termasuk daripada Neil Young, Blondie, Shakire dan RZA. Penjualan yang terbaharu ini merupakan sebahagian daripada pembelian hak lagu yang sedang meningkat ketika pasaran semakin tertarik dengan portfolio yang menguntung­kan ini sebagai sebuah kelas aset. Dalam banyak kes, transaksi tersebut telah dipersetuj­ui dengan harga yang tinggi. Bob Dylan menjual sepenuhnya katalog penerbitan dengan jumlah AS$300 juta kepada Universal Music Publishing Group, sementara Stevie Nicks dari Fleetwood Mac menjual majoriti katalognya dengan nilai AS$100 juta. Pemilik hak penerbitan lagu menerima sejumlah bayaran daripada beberapa senario, termasuk mainan di radio dan strim, jualan album, dan penggunaan dalam iklan serta filem. Penjualan tersebut membolehka­n artis untuk mendapat bayaran serta merta dan tidak menunggu pendapatan seperti itu, ia amat diperlukan segelintir dalam pada pandemik telah menghentik­an persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia