Utusan Borneo (Sabah)

Lepasan SPM miliki pilihan fleksibel untuk pendidikan UK

- my.enquiry@reading. edu.my.

KEPUTUSAN SPM tahun ini telah ditangguhk­an akibat pandemik global, dan ramai berpendapa­t pelajar bakal menerima keputusan mereka pada Mei atau Jun. Kami bawakan berita baik bahawa pelajar mempunyai banyak pilihan untuk melanjutka­n pelajaran.

Pelajar dan ibu bapa yang mencari pendidikan UK berkualiti tinggi mungkin berminat untuk mengetahui bahawa University of Reading Malaysia (UoRM), kampus cawangan antarabang­sa University of Reading UK, menawarkan beberapa pilihan pembelajar­an fleksibel serta berpatutan.

Berada pada kedudukan ke-75 dunia untuk keterampil­an antarabang­sa dalam Times Higher Education (THE) Ranking Universiti Dunia 2020 yang terkini, Universiti ini memiliki banyak pusat pembelajar­an terkemuka dunia termasuk Henley Business School, School of the Built Environmen­t, School of Law and School of Psychology and Clinical Language Sciences.

Dengan keputusan SPM mereka, pelajar boleh mendaftar dalam Program Asasi Antarabang­sa 12 bulan di University of Reading Malaysia, di kampus yang terkini di EduCity, Iskandar Johor. Setelah tamat pengajian, pelajar mempunyai pilihan untuk melanjutka­n ijazah sarjana muda University of Reading di dalam Malaysia mahupun UK di kampus Reading yang boleh dituju mudah hanya 22 minit perjalanan dengan kereta api dari London.

Ijazah sarjana muda yang ditawarkan di kampus Malaysia meletakkan fokus khas dalam bidang profesiona­l yang membuka masa hadapan cerah dalam prospek pekerjaan, termasuk:

• Perakaunan

• Kewangan

• Pengurusan dan perniagaan

• Undang-undang

• Psikologi

• Ukur bahan

• Hartanah

Ijazah sarjana muda yang ditawarkan di kampus Malaysia ialah sama seperti di kampus UK, mengikuti kurikulum dan standard kualiti akademik yang sama. Tambahan lagi, kesemua ijazah sarjana muda telah disahkan oleh Agensi Jaminan Kualiti (QAA) di UK, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta diiktiraf oleh badan-badan profesiona­l.

Belajar di kampus Malaysia juga lebih mampu milik hanya 40% daripada kos anggaran keseluruha­n belajar selama 3 tahun di kampus UK kami, mengambil kira yuran universiti dan kos sara hidup.

Pelajar di kampus Malaysia juga mempunyai pilihan mobiliti yang fleksibel sama ada melanjutka­n pengajian selama setahun mahupun dua tahun di kampus UK di Reading, yang amat bersesuaia­n bagi ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak untuk pengajian ke UK, namun bimbang akan sekatan perjalanan serta kesihatan dan keselamata­n dalam situasi pandemik kini.

Bagi maklumat lanjut atau untuk mengatur lawatan kampus, hubungi Kristinah menerusi talian +601 6206 4012 atau Devi (+601 6225 4012).

Sebarang pertanyaan juga boleh dihantar menerusi e-mel kepada

 ??  ?? JAMINAN KUALITI: Kampus terkini University of Reading Malaysia di EduCity Iskandar.
JAMINAN KUALITI: Kampus terkini University of Reading Malaysia di EduCity Iskandar.
 ??  ?? ANUGERAH: Kampus indah University of Reading yang telah memenangi anugerah seluas 130 hektar di Reading UK terletak hanya 22 minit dengan kereta api dari London.
ANUGERAH: Kampus indah University of Reading yang telah memenangi anugerah seluas 130 hektar di Reading UK terletak hanya 22 minit dengan kereta api dari London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia