Utusan Borneo (Sabah)

Kekal aktif dengan ‘Footy’, bola sepak norma baharu

-

PUTRAJAYA: Peminat bola sepak kini boleh bermain dengan cara yang selamat semasa pandemik COVID-19 dengan gaya permainan baharu tanpa sentuhan fizikal, dikenali sebagai Footy.

Diperkenal­kan oleh Ken Barnes Football Malaysia, Footy dibangunka­n kerana menyedari keperluan individu terutama peminat bola sepak untuk kekal aktif dan cergas dalam norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pegawai Operasi Ken Barnes Football Malaysia Subramania­m Palandaram berkata, Footy diilhamkan semasa pandemik COVID19 ketika golongan belia bergelut untuk melakukan aktiviti sukan terutamany­a bola sepak.

“Oleh itu kami memutuskan untuk mencipta bola sepak khas tanpa sentuhan fizikal yang dapat membantu golongan belia kita untuk bermain secara selamat semasa pandemik ini. Kelebihan Footy ia adalah selamat, tiada sentuhan badan dan risikonya adalah terlalu kecil atau tidak berpeluang mendapat jangkitan COVID-19,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Subramania­m berkata, beliau mencipta Footy apabila menyedari pandemik itu telah mengubah gaya hidup dalam aktiviti sukan sepenuhnya dengan banyak sekatan dikenakan menyebabka­n sukar untuk bermain atau mengambil bahagian.

“Dengan begitu banyak SOP dikenakan kami rasakan perlu mempunyai permainan yang senang dimain dan mematuhi peraturan penjarakan fizikal,” katanya.

Subramania­m berkata, Footy dicipta di Malaysia dan adalah yang pertama seumpamany­a di dunia dan ia seharusnya dipromosik­an di seluruh negara untuk menawarkan platform alternatif kepada orang ramai untuk terus kekal cergas dari segi fizikal dan mental, pada masa yang mencabar ini.

“Kami belum lagi memperkena­lkannya di luar Malaysia tetapi kami teruja untuk pergi ke negara jiran sebaik sahaja sekatan perjalanan dilonggark­an untuk mempromosi­kan sukan ini sebagai norma baharu,” katanya.

Dalam satu pertanding­an Footy yang berlangsun­g di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya antara IPD Putrajaya dan Kelab Media Putrajaya, Harry Salzman Abu Bakar yang mewakili Kelab Media Putrajaya begitu teruja kerana ia merupakan kali pertama mengenali sukan tersebut.

“Memang tidak pernah tahu ada sukan bola sepak jarak fizikal. Amat menarik kerana sukan ini sesuai sekali terutama dalam keadaan norma baharu. Ia membolehka­n masyarakat bersukan tanpa halangan atau risau dengan risiko penularan COVID-19. Bola sepak tradisiona­l ada bersentuha­n tetapi ini tiada sentuhan dan kedudukan setiap pemain ada jarak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SANTAI: Pemain dan peminat bola sepak kini boleh bersukan secara berkumpula­n dengan selamat dalam pandemik COVID-19 melalui sukan bola sepak jarak sosial atau lebih dikenali Footy, semalam.
— Gambar Bernama SANTAI: Pemain dan peminat bola sepak kini boleh bersukan secara berkumpula­n dengan selamat dalam pandemik COVID-19 melalui sukan bola sepak jarak sosial atau lebih dikenali Footy, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia