Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n nombor cukai pendapatan melalui e-Daftar mulai 18 Mei: LHDN

-

PUTRAJAYA: Pendaftara­n nombor cukai pendapatan melalui perkhidmat­an e-Daftar dan penetapan serta pertukaran prefix baharu bagi pembayar cukai individu daripada pendaftara­n pembayar cukai Individu (SG dan OG) kepada prefix IG bermula 18 Mei ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pendaftara­n nombor cukai pendapatan bagi pembayar cukai kategori Koperasi (CS), Pertubuhan (F), Badan Amanah (TA), Unit Amanah/Amanah Harta Tanah (TC), Amanah Perniagaan (TN) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah/ Tabung Amanah Harta (TR) boleh dilakukan secara dalam talian melalui e-Daftar yang boleh dicapai menerusi pautan https:// edaftar.hasil.gov.my/.

Sebagai rekod, katanya perkhidmat­an e-Daftar pada ketika ini hanya terhad kepada SG dan OG, Syarikat (C), Perkongsia­n (D), Majikan (E) dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad (PT).

“Mulai 18 Mei 2021 juga LHDN akan melaksanak­an penetapan prefix baharu bagi pembayar cukai individu iaitu daripada prefix SG dan OG kepada prefix IG. Proses penetapan prefix ini melibatkan dua fasa iaitu bagi fasa pertama ia akan dilaksanak­an terhadap pembayar cukai individu yang baharu didaftarka­n melalui sistem LHDN.

“Fasa kedua pula akan melibatkan pertukaran prefix bagi pembayar cukai individu yang sedia ada secara berperingk­at mulai 18 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

LHDN berkata, pertukaran prefix ini tidak akan melibatkan sebarang perubahan terhadap nombor cukai pendapatan individu sedia ada dan tarikh akhir pengemukaa­n Borang Nyata bagi individu juga adalah kekal iaitu 30 April setiap tahun bagi individu yang tidak menjalanka­n perniagaan dan 30 Jun setiap tahun bagi individu yang menjalanka­n perniagaan.

Katanya pertambaha­n kategori pembayar cukai yang boleh didaftarka­n melalui perkhidmat­an eDaftar ini merupakan satu daripada inisiatif di bawah Transforma­si Hasil (TH) sebagai usaha berterusan LHDN untuk meningkatk­an mutu perkhidmat­annya kepada pembayar cukai.

Penetapan dan pertukaran prefix SG dan OG kepada IG bagi pembayar cukai individu pula dapat memudahkan pengurusan pembayar cukai dan mengelakka­n kekeliruan dalam kalangan pembayar cukai individu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas

https:// maklumbala­spelanggan.hasil.gov. my/MaklumBala­s/ms-my/;.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia