Utusan Borneo (Sabah)

MARDI perluas R&D kilang tanaman

-

SERDANG: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memperluas skop penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kilang tanaman milik institut itu ke bidang kecekapan tenaga dan tenaga alternatif, mekanisasi serta Internet Pelbagai Benda (IoT).

Pegawai Penyelidik Kanan MARDI Mohamad Abid Ahmad berkata, sebelum ini pihaknya menjalanka­n R&D sistem pengeluara­n, pengurusan agronomi tanaman, pencahayaa­n tanaman, pengurusan faktor biologi, pengurusan sisa sifar, kajian pasaran serta rantaian nilai produk.

“Setelah kilang tanaman memasuki tahun keempat beroperasi, kami (MARDI) dapati pelbagai R&D boleh dijalankan hasil daripada pemantauan terhadap sayuran yang ditanam di dalam kilang ini.

“Memandangk­an teknologi kilang tanaman ini agak asing dan masih baru di negara ini, banyak elemen teknikal perlu diterokai,” katanya kepada Bernama.

Mengimbas sejarah tercetusny­a idea pembanguna­n kilang tersebut, Mohamad Abid berkata, usaha itu bermula pada 2012 apabila sebuah syarikat tempatan yang bekerjasam­a dengan syarikat dari Jepun menyatakan hasrat ingin memperkena­lkan sistem kilang tanaman di negara ini.

Syarikat tempatan itu mengadakan perbincang­an dengan MARDI bagi mendapatka­n kerjasama untuk membangunk­an projek perintis sebelum diperkenal­kan kepada petani atau individu yang minat berkebun, katanya.

Bermula daripada perbincang­an itu, Mohammad Abid berkata MARDI terus mengorak langkah memulakan R&D membangunk­an kilang tanaman yang merupakan sistem pengeluara­n tanaman dalam persekitar­an terkawal, merangkumi faktor pertumbuha­n, pencahayaa­n, pengairan, pembajaan, suhu, kelembapan serta pengudaraa­n.

Kini kilang tanaman berkeluasa­n 30x80 meter (m) persegi dengan ketinggian 20 m itu dilengkapi 18 rak tanaman dan tujuh tingkat sistem hidroponik yang mampu menampung 16,000 sayur-sayuran pada satu-satu masa.

Mengenai jenis sayursayur­an yang sesuai ditanam menggunaka­n teknologi kilang itu, beliau berkata penyelidik­an pihaknya mendapati sayuran berdaun dan herba sesuai ditanam serta mampu bertahan di bawah sinaran lampu sebagai sistem pencahayaa­n menggantik­an cahaya matahari.

Katanya, kesemua sayursayur­an diletakkan di bawah lampu tiub diod pemancar cahaya atau LED pelbagai warna yang mampu mencegah serangan serangga perosak dan penyakit.

“Antara tanaman yang sesuai ialah salad, kailan kerinting, sawi dan oregano,” katanya yang telah 15 tahun berkhidmat di MARDI.

Beliau turut berkongsi kelebihan sayur-sayuran yang ditanam di kilang tanaman, iaitu bebas racun serangga, kebersihan terjamin dan tidak perlu dibasuh sebelum dimasak atau dimakan mentah.

Selain itu, pertumbuha­n sayur-sayuran juga cepat dan boleh dituai dalam tempoh 25 hingga 40 hari.

“Bilangan pusingan tanaman juga dapat dipertingk­at dari lapan pusingan kepada 15 pusingan setahun. Dengan ini, teknologi kilang tanaman mampu memastikan bekalan makanan mapan dan tidak bergantung pada keadaan cuaca,” katanya.

Selain faktor kualiti dan produktivi­ti sayur-sayuran, beliau berkata berkebun di dalam kilang juga menawarkan persekitar­an yang kondusif, bersih dan selesa bersesuaia­n dengan gaya petani moden.

Ditanya mengenai kejayaan teknologi itu, Mohammad Abid yang juga tenaga pengajar bagi kursus latihan pertanian yang dijalankan MARDI, berkata, hingga kini pihaknya telah melatih 20 peserta daripada 10 syarikat tempatan yang telah memulakan teknologi kilang tanaman secara kecil-kecilan.

“MARDI telah menjalanka­n lebih 12 siri kursus dan latihan kepada peserta sejak 2019 hingga 2020. Untuk tahun ini kita tangguhkan disebabkan pandemik COVID-19,” kata pemilik Ijazah Sarjana Muda Sains Bioindustr­i daripada Universiti Putra Malaysia itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLUAS R&D: Mohamad Abid melawat kilang tanaman ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat MARDI di Serdang baru-baru ini.
— Gambar Bernama PERLUAS R&D: Mohamad Abid melawat kilang tanaman ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat MARDI di Serdang baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? TANAMAN CANGGIH: MARDI akan memperluas skop R&D kilang tanaman milik institut itu ke bidang kecekapan tenaga dan tenaga alternatif, mekanisasi serta IoT di samping menjalanka­n R&D sistem pengeluara­n, pengurusan agronomi tanaman, pencahayaa­n tanaman, pengurusan faktor biologi, pengurusan sisa sifar, kajian pasaran serta rantaian nilai produk.
— Gambar Bernama TANAMAN CANGGIH: MARDI akan memperluas skop R&D kilang tanaman milik institut itu ke bidang kecekapan tenaga dan tenaga alternatif, mekanisasi serta IoT di samping menjalanka­n R&D sistem pengeluara­n, pengurusan agronomi tanaman, pencahayaa­n tanaman, pengurusan faktor biologi, pengurusan sisa sifar, kajian pasaran serta rantaian nilai produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia