Utusan Borneo (Sabah)

531 penduduk Kampung Lubok Redan terlibat PKPD: Polis

-

ALOR GAJAH: Sebanyak 151 rumah melibatkan 531 penduduk di Kampung Lubok Redan, Masjid Tanah di sini terlibat dalam pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) bermula tengah malam kelmarin hingga 29 Mei.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata, lapan laluan tikus yang menjadi jalan alternatif keluar dan masuk ke kampung berkenaan turut dipantau bagi mengekang pergerakan sepanjang PKPD berkenaan.

“Polis dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya dan Majlis Perbandara­n Alor Gajah telah meletakkan batu penghadang jalan bagi menyekat pergerakan di laluan tersebut.

“Justeru, saya mohon kerjasama penduduk dan pengguna jalan raya utama di kawasan Lubok Redan agar bersabar dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Operasi di Balai Raya Kampung Ujong Padang yang beroperasi 24 jam telah dibuka dan pegawai serta anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan ditempatka­n di balai raya berkenaan bagi menyalurka­n bantuan sekiranya diperlukan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan PKPD berkenaan mendapati laluan utama masuk ke kampung berkenaan sunyi sepi dan tiada kenderaan keluar dan masuk.

Gelung kawat berduri sepanjang kira-kira tiga meter turut dipasang di laluan masuk kampung berkenaan dan dipantau pelbagai agensi antaranya polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawa­n (Rela).

Dua hari lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n pelaksanaa­n PKPD di Kampung Lubok Redan, Masjid Tanah setelah membuat penilaian risiko bersama-sama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ismail Sabri dilapor berkata, pelaksanaa­n PKPD di Kampung Lubok Redan adalah untuk memudahkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaksanak­an saringan secara bersasar terhadap semua individu yang terlibat dan mengekang penularan jangkitan COVID-19 kepada komuniti luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia