Utusan Borneo (Sabah)

Wanita B40 raih pendapatan mampan di sebalik penularan pandemik

-

KUALA LUMPUR: Sekumpulan wanita kumpulan B40 di sini mampu mengukir senyuman lebar kerana di sebalik penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka berupaya meraih pendapatan mampan hasil jualan biskut raya, hamper dan peralatan perlindung­an diri (PPE).

“Diberdayak­an secara kewangan dengan sokongan badan bukan kerajaan Women of Will (WOW) nyata memberi nafas baharu kepada kami berikutan penurunan jualan,” kata Noraizah Yahya, ketua Dapur Komuniti di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Kumpulan seramai 20 wanita itu berjaya menjual 35,000 biji biskut raya serta 1,000 hamper, dan ini dimungkink­an oleh Dapur Komuniti iaitu projek yang dimulakan oleh WOW.

“Kami yang mempelajar­i kemahiran pemasaran, kini semakin bebas dan kreatif serta mampu membantu keluarga masing-masing selain mengetepik­an sedikit wang untuk tujuan simpanan dan pendidikan.

“Ini bukan sahaja meningkatk­an keyakinan kami untuk membuat biskut dan membalut hamper ala Furoshiki menggunaka­n kain batik, tetapi turut membolehka­n kami berdikari menguruska­n projek bersumberk­an pendapatan yang berterusan,” katanya mengenai projek yang disokong oleh Edra Power Holdings Sdn Bhd itu.

Beliau berkata, inisiatif WOW itu melengkapi komitmen berterusan kerajaan bagi membantu wanita kumpulan B40 yang mungkin paling teruk terjejas oleh pandemik tersebut.

Noraizah berkata, dengan bekerja sebagai sebuah kumpulan dan bekerjasam­a dengan Pusat Menjahit Komuniti PPR Lembah Subang, “kami mampu meraih pendapatan yang lebih tinggi berbanding menjual biskut secara bersendiri­an, kerana WOW boleh memberi latihan semula kepada kami, mengajar kemahiran baharu membuat kuih dan membungkus hamper selain resipi baharu.”

Seorang peserta Norshuhada­h Nasaruddin yang beroleh inspirasi daripada Dapur Komuniti itu, berharap projek diperluas kepada komuniti B40 yang lebih besar dan wanita yang kurang bernasib baik bagi membantu mereka menyara anak-anak dan juga komuniti sepanjang PKP.

Katanya, PKP yang menghalang orang ramai daripada keluar rumah, merupakan hikmah yang tersembuny­i kerana perintah itu menyebabka­n mereka menerima tempahan biskut raya yang tidak putus-putus berbanding tahun lepas.

“Tahap keyakinan saya untuk menjana pendapatan kini lebih tinggi disebabkan peluang yang diberikan kepada kami berbanding kebanyakan wanita B40 lain yang tidak mempunyai pendapatan tetap pada waktu-waktu sukar ini,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi WOW Lakshwin Muruga berkata, dapur komuniti dan pusat menjahit tersebut membantu wanita yang langsung tidak mempunyai pendapatan beroleh sedikit wang dengan menjahit PPE semasa pandemik.

“Kami bercadang mengoperas­ikan dapur ini pada kapasiti penuh termasuk syif pagi dan malam serta membantu wanita dan keluarga mereka yang tergolong sebagai komuniti kurang bernasib baik,” katanya.

Naib Presiden Hal Ehwal Korporat Kumpulan Edra Jennifer Aleeya Wong pula berkata, syarikat tenaga itu yang membantu golongan wanita kurang bernasib baik sejak lima tahun lalu, komited untuk menyokong wanita B40 apabila pandemik menular tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KINI USAHAWAN BERJAYA: Sekumpulan wanita kumpulan B40 di Kuala Lumpur mampu mengukir senyuman lebar kerana di sebalik penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka berupaya meraih pendapatan mampan hasil jualan biskut raya, hamper dan peralatan perlindung­an diri (PPE).
— Gambar Bernama KINI USAHAWAN BERJAYA: Sekumpulan wanita kumpulan B40 di Kuala Lumpur mampu mengukir senyuman lebar kerana di sebalik penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka berupaya meraih pendapatan mampan hasil jualan biskut raya, hamper dan peralatan perlindung­an diri (PPE).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia