Utusan Borneo (Sabah)

Faktor keselamata­n punca pelajar MRSM Pengkalan Hulu tidak terima juadah raya dari luar: Saarani

-

GERIK: Seramai 680 pelajar dan guru Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Hulu di sini, tidak menerima juadah raya barubaru ini disebabkan mereka hanya dibenarkan menerima makanan daripada pembekal yang dilantik, kata Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad.

Jelas beliau, pembekal makanan bermasak yang dilantik oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertanggun­gjawab menentukan makanan berzat dan selamat untuk kesemua pelajar dan guru yang terlibat mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Kita bimbang kalau dibenarkan makanan luar masuk dan berlaku keracunan makanan, bagaimana kita hendak mengetahui punca sama ada daripada makanan disediakan pembekal dilantik atau dari luar.

“Saya faham ramai hendak bersedekah (juadah) dengan menghantar pulut, lemang dan sebagainya tetapi minta maaf kerana semua makanan yang ingin dibawa masuk perlu dihantar ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) terlebih dahulu bagi memastikan makanan selamat diambil,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di MRSM berkenaan, di sini semalam.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial mendakwa para pelajar MRSM Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang juadah raya sejak hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan makanan yang diterima didakwa dalam keadaan tidak elok.

Saarani berkata, lawatannya semalam bertujuan mendapat gambaran sebenar terhadap dakwaan yang tular.

Beliau seterusnya menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgu­nakan media sosial untuk menyebarka­n maklumat tidak benar bagi mengelak kebimbanga­n ibu bapa dan keluarga para pelajar.

Sementara itu, Saarani berkata, pihak berkuasa memutuskan untuk memperketa­t SOP bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Pengkalan Hulu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FAKTOR KESELAMATA­N: Saarani (dua kanan) mendengar taklimat daripada Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Zulkepli Ibrahim (dua kiri) sewaktu melawat Pusat Kawalan Tempat Kejadian MRSM MARA Pengkalan Hulu yang dikenakan PKPD pada 13 Mei lepas sehingga 26 Mei depan di Pengkalan Hulu, semalam.
— Gambar Bernama FAKTOR KESELAMATA­N: Saarani (dua kanan) mendengar taklimat daripada Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu DSP Zulkepli Ibrahim (dua kiri) sewaktu melawat Pusat Kawalan Tempat Kejadian MRSM MARA Pengkalan Hulu yang dikenakan PKPD pada 13 Mei lepas sehingga 26 Mei depan di Pengkalan Hulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia