Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Satu kluster baharu diisytihar Kluster Kampung Boyan, Kuching merupakan kluster komuniti libatkan tiga keluarga

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan satu lagi kluster COVID-19 diisytihar­kan di Sarawak semalam menjadikan jumlah kluster yang aktif di negeri ini meningkat kepada 81.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytih­arkan satu kluster baharu iaitu Kluster Kampung Boyan, Kuching.

“Kluster Kampung Boyan, Kuching merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan tiga keluarga di kampung berkenaan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut JPBNS, 69 individu telah disaring dan 19 daripadany­a disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks, manakala 50 lagi negatif.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasinga­n dan rawatan lanjut, tambahnya.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga telah mengisytih­arkan dua kluster tamat iaitu Kluster Emperoh Jambu, Kuching dan Kluster Chupak, Serian.

“Sementara itu, 11 daripada 81 kluster aktif merekodkan penambahan kes baharu iaitu sebanyak 68 daan 70 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya.

Mengenai status daerah COVID-19 di negeri ini, JPBNS berkata Simunjan kini berstatus Hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas jumlah daerah berstatus Hijau telah meningkat kepada empat daerah.

Tiga lagi daerah berstatus Hijau ialah Asajaya, Telang Usan dan Kabong, tambahnya.

“Daerah Tatau pula telah kembali ke status Jingga daripada status Merah selepas merekodkan 32 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada dua dan daerah berstatus Merah telah menurun kepada 26. Jumlah daerah berstatus Kuning juga menurun kepada lapan,” katanya.

Kluster Kampung Boyan, Kuching merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan tiga keluarga di kampung berkenaan. Kenyataan JPBNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia