Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Dua rumah panjang di Saratok dikenakan PKPD

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di dua rumah panjang di daerah Saratok.

Menurutnya, PKPD akan dikuatkuas­akan di Rh Entingi Nanga Ingu Kabo Krian dan Rh Engkabi Tingkat Seblak, Roban bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“PKPD di dua lokasi itu akan bermula 16 hingga 29 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan.

JPBNS turut mengumumka­n penamatan PKPD di empat lagi rumah panjang, semalam.

Rumah panjang terlibat adalah Rh Luni Jugah, Rh Manna Mulok, Rh Nelson Chuat Galong yang masingmasi­ng di Mukah dan Rh Mut, Nangga Maong, Sungai Mujok di Julau.

Mengenai pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB di seluruh Sarawak, sebanyak 21 kompaun dikeluarka­n polis di daerah Serian (10), Kuching (4), Mukah (3), Bintulu (3) dan Padawan (1) atas kesalahan melanggar SOP.

Antara kesalahan sabung ayam (10), tiada penjarakan fizikal (4), tidak memakai pelitup muka (3), keluar tanpa alasan munasabah selepas jam 10 malam (2), melanggar SOP tambahan zon Bintulu (memancing) (1) dan tidak mengemaski­ni buku daftar pelanggan (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun yang telah dikeluarka­n sejak 18 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 6,545 kompaun.

Manakala, pihak Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluark­an 20 kompaun di bawah seliaan MBM (10), MBKS (2), MDLBS (2), MPP (2), MD Kapit (2), MD Serian (1) dan MD Betong (1) atas pelbagai kesalahan pelanggara­n SOP.

Antara kesalahan pelanggara­n SOP ialah beroperasi melebihi masa yang ditetapkan (6), tidak mengemas kini buku daftar/buku daftar daftar tidak lengkap (4), tidak menggunaka­n pelitup muka (3), membenarka­n pelanggan ‘dinein’ (2), tidak mendaftar MySejahter­a/buku daftar (2), tidak mengimbas suhu badan (1), pengimbas suhu badan tidak berfungsi (1) dan beroperasi tanpa kebenaran (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kompaun yang telah dikeluarka­n oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga semalam adalah sebanyak 518 kompaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia