Utusan Borneo (Sabah)

PKP dicadang di Miri, jika kes terus meningkat: Lee

-

MIRI: Jika peningkata­n kes di bandar raya ini terus melonjak naik, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri akan mencadangk­an pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama seperti yang telah dilaksanak­an pada 18 Mac 2020.

Menteri Pengangkut­an Sarawak yang juga Menteri Bertanggun­gjawab bagi JPBB Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata ia adalah jalan terakhir yang terpaksa dilakukan.

“Kita berharap usaha yang dilakukan kerajaan sekarang berjaya menurunkan kes-kes positif yang trendnya amat membimbang­kan.

“Kalau tiada cara lain kita mungkin terpaksa mencadangk­an kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) supaya kita mengadakan satu PKP di Miri dan sudah pasti kita tidak mahu melaksanak­an PKP ini yang akan menyusahka­n semua pihak serta menjejaska­n semua sektor khususnya sektor ekonomi,” ujar Lee.

Bagaimanap­un ia tidak dapat dielakkan jika kes terus melonjak.

JPBB Miri amat komited dalam usaha untuk menurunkan kes-kes di Miri dan pelbagai tindakan kawalan serta pencegahan dilakukan termasukla­h melalui aktiviti pemeriksaa­n, pemantauan, nasihat serta tindakan mengenakan kompaun kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Lee memberitah­u demikian selepas turun padang untuk mengetuai sendiri pemeriksaa­n ke pasar rayapasar raya di sekitar bandar raya ini.

Beliau mahu semua pemilik kompleks beli-belah dan pasar raya mematuhi SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) COVID-19, bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak berkenaan, yang menyaksika­n kes semakin meningkat di sini.

Beliau bersama-sama pengerusi JPBB Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii telah melakukan lawatan ke atas empat buah pusat beli belah di sini, semalam.

Lawatan yang turut disertai oleh agensi-agensi penguat kuasa seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Miri Angkatan Pertahanan Awam, Miri (APM), Pejabat Daerah Miri serta Pasukan Penguatkua­sa Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertujuan memeriksa pematuhan SOP.

Ia juga bagi memastikan orang awam dan pihak berkaitan mematuhi syarat-syarat diperketat­kan seperti yang telah diumumkan JPBNS di samping memberikan keterangan berhubung aspek kawalan kemasukan bilangan pelanggan berdasarka­n kapasiti premis masing-masing.

“(Timbalan Ketua Menteri merangkap pengerusi JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah melalui panggilan telefon sebentar tadi berpesan bahawa pemeriksaa­n dan penguatkua­san perlu dilakukan bagi memastikan SOP PKPB yang digariskan dipatuhi dengan baik,” ujar Lee.

Sehubungan itu beliau berharap semua pihak akan memberikan kerjasama yang padu dalam mematuhi SOP PKPB ini.

“Apa yang penting buat masa sekarang, Miri telah pun memperketa­tkan SOP dan mudah-mudahan dengan disiplin dan kerjasama orang ramai kita akan dapat mengawal keadaan pandemik ketika ini,” tambahnya.

Mengulas mengenai salah satu pasar raya yang telah dilawati iaitu Ng Sian Hap (Miri) Sdn Bhd, beliau memuji kepantasan pengurusan pasar raya berkenaan dalam mematuhi arahan terkini yang dikeluarka­n oleh MBM iaitu mengehadka­n jumlah bilangan pelanggan yang masuk kepada hanya 200 orang pada satu-satu masa dengan mengagihka­n nombor-nombor yang disediakan dengan kad berwarna berlainan di semua laluan pintu masuk pasar raya itu.

“SOP ini bukan untuk menyusahka­n rakyat, sebaliknya adalah untuk menjaga keselamata­n semua. Kalau semua pihak memberi kerjasama baik dan mematuhi SOP, maka kes-kes boleh turun dan sudah pasti kita boleh beri kelonggara­n.

“Kalau kes semakin meningkat, maka SOP lebih ketat akan dikenakan,” jelas Lee lagi.

JPBBM iri katanya, memandang serius situasi pandemik COVID-19 dan pasukan penguat kuasa akan membuat rondaan ke premis-premis dengan lebih kerap malah kompaun akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi SOP COVID-19.

Dalam pada itu, Lee juga ingin mengingatk­an masyarakat di Miri mengenai pendaftara­n vaksin, supaya mereka yang belum mendaftar agar segera mendaftar melalui MySejahter­a atau melalui empat kaedah lain seperti yang diumumkan JPBB Miri sebelum ini sekiranya tidak mempunyai aplikasi MySejahter­a atau tidak mempunyai capaian Internet.

“Vaksinasi sedang dijalankan dan harapan kita agar lebih ramai akan dapat divaksin. Minta kerjasama orang ramai di Miri untuk segera mendaftar supaya kita tahu bilangan rakyat untuk divaksin.

“Vaksin ini adalah penting, kerana selain melindungi diri, juga untuk melindungi orang lain. JPBB Miri mengingatk­an masyarakat termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus kekal berwaspada, mematuhi SOP Pencegahan COVID-19 sebagai norma baharu,” katanya lagi.

 ??  ?? PERIKSA: Lee (dua kanan) semasa membuat pemantauan dan pemeriksaa­n di salah sebuah pasar raya di Miri, semalam.
PERIKSA: Lee (dua kanan) semasa membuat pemantauan dan pemeriksaa­n di salah sebuah pasar raya di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia