Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: 405 kes baharu, lima kematian di Sarawak semalam

-

KUCHING: Sarawak mencatatka­n 405 kes baharu COVID-19 semalam dengan 267 kes dikesan di Daerah Miri, Sibu, Kuching, Pusa dan Bintulu.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Miri merekodkan kes harian tertinggi iaitu 98 kes diikuti Sibu (54), Kuching (42), Pusa (37), Bintulu (36), Kanowit (24), Kapit (21), Song (17), Sri Aman (11), Pakan (9), Serian (8), Sarikei (8).

Lain-lain kes dikesan di Subis (7), Saratok (6), Selangau (4), Bau (4), Samarahan (4), Betong (3), Beluru (3), Sebauh (3), Lundu (2), Meradong (2), Tebedu (1) dan Belaga (1) menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 38,383 kes.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat lima kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada seramai 224 orang.

“Kes kematian ke-220 adalah kes ke-26,183 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 78 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Bintulu dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei.

“Manakala kes kematian ke-221 adalah kes ke-37,705 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 52 tahun yang telah mendapatka­n rawatan di Hospital Mukah kerana mengalami kelesuan, cirit-birit dan kesakitan di bahagian perut sejak dua hari yang lalu.

“Saringan COVID-19 dengan Rapid Test Kit antigen pada 11 Mei 2021 adalah positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2021,” katanya menambah kes turut mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang tahap akhir.

Sementara itu, kes kematian ke-222 adalah kes ke-30,301 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 65 tahun yang telah menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC).

Ujian rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 26 April dan dirujuk ke Hospital Bintulu kerana mulai mengalami kesesakan pernafasan.

Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021, katanya menambah kes adalah dari Kluster Batu 25.

“Untuk kes kematian ke223 adalah kes ke-32,682 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 29 tahun telah dirujuk ke Hospital Bintulu dari sebuah klinik swasta kerana mengalami gejala demam.

“Kes telah dimasukkan ke wad dan swab pada 4 Mei 2021 bagi menjalani ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

“Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021,” katanya menambah kes mempunyai ko-morbid obesiti.

Manakala, kes kematian ke224 adalah kes ke-34,759 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 92 tahun telah ditempatka­n di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) apabila swab pada 5 Mei 2021 bagi saringan kontak rapat kes positif dengan ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.

Kes dirujuk terus ke Hospital Bintulu disebabkan kemerosota­n keadaan buah pinggang. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Mei 2021.

Semalam juga terdapat 438 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat ini adalah seramai 31,693 orang.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,382 orang.

Manakala seramai 405 orang disyaki (PUI) baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia