Utusan Borneo (Sabah)

Noorizan bersemanga­t mengajar sejak muda Keghairaha­n mengajar adik-adiknya menggerakk­an hatinya memilih perguruan sebagai kerjaya

-

KUALA LUMPUR: Keghairaha­n mengajar adik-adiknya sewaktu kecil menggerakk­an hatinya untuk memilih bidang perguruan sebagai kerjaya dan berkat kegigihann­ya itu semalam beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2021.

Noorizan Mohamed, 65, anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, beliau sentiasa mengajar adik-adiknya mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris di rumah.

“Jadi, dari kecil memang bercita-cita nak jadi guru walaupun ada keinginan menjadi pegawai pertanian ketika berada di sekolah menengah tetapi akhirnya saya dapat meneruskan pengajian dalam bidang perguruan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Norizan diumum penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari

Guru ke-50 yang bertemakan ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’ yang disiarkan menerusi Facebook Live Kementeria­n Pendidikan (KPM), saluran TV1 RTM, DidikTV KPM dan stesen penyiaran lain semalam.

Anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu yang bersara sebagai pengetua pada 2014 berasa amat bersyukur kerana diberikan penghargaa­n yang tidak pernah diimpikann­ya sepanjang kerjaya sebagai pendidik bangsa.

Beliau menyifatka­n Tokoh Guru Kebangsaan yang diterimany­a sebagai berkat kerjasama Jabatan Pendidikan

Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan guru-guru di sembilan sekolah yang pernah beliau bertugas sejak 1980.

Berbekalka­n pengalaman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ahmad Razali, Ampang dan Pengetua di SMK Dusun Nanding, Hulu Langat, Noorizan berjaya menjadikan SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi sebagai Sekolah Berprestas­i Tinggi pada 2011.

Beliau berkata, pengalaman bekerjasam­a dengan guru-guru dan pelajar ke arah menjadikan sekolah itu sebagai Sekolah Berprestas­i Tinggi dan melawat ke Sarawak untuk mendapatka­n anugerah berkenaan merupakan pengalaman manis sepanjang kariernya sebagai seorang pendidik.

Norizan memulakan karier sebagai guru di SMK Sungai Besar, Sabak Bernam pada 1980 kemudian di SMK Tinggi Kajang; SMK Kuala Krai, Kelantan; SMK Panji, Kota Bahru; SMK (A) Naim Lilbanat, Kota Bahru; SMK Taman Kosas, Ampang sebelum dilantik Penolong Kanan HEM pada 1998 hingga 2003.

Beliau juga merupakan Pengetua Cemerlang ketika menjadi Pengetua di SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi dan menjadi penasihat pendidikan di SMK Cyberjaya pada 2016 selepas bersara sebelum menjadi penasihat pendidikan dalam membantu program Sekolah Amanah di Jeli, Kelantan sejak 2017. — Bernama

Jadi, dari kecil memang bercita-cita nak jadi guru walaupun ada keinginan menjadi pegawai pertanian ketika berada di sekolah menengah tetapi akhirnya saya dapat meneruskan pengajian dalam ” bidang perguruan. Noorizan Mohamed Guru Kebangsaan 2021

 ??  ?? NOORIZAN
NOORIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia