Utusan Borneo (Sabah)

PKPD Bunut Susu: Ujian saringan pertama selesai, 235 individu positif

-

KOTA BHARU: Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata setakat semalam, seramai 235 penduduk dari Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas, didapati positif COVID-19 dalam ujian saringan pertama yang dilaksanak­an.

Ujian saringan pertama COVID-19 melibatkan 1,500 penduduk di tiga perkampung­an dalam Mukim Bunut Susu di Pasir Mas yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) selesai sepenuhnya pada minggu lepas.

“Daripada hasil saringan pertama itu, seramai 93 penduduk di Kampung Paya Ular positif COVID-19, Kampung Tualang (69 kes) dan Kampung Bechah Palas sebanyak 73 kes,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Gelanggang Seni, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Azman Yacob.

Sebelum ini, kerajaan mengumumka­n PKPD di tiga perkampung­an berkenaan bermula dari 9 hingga 22 Mei selepas menyaksika­n kenaikan kes mendadak selain kadar positif jangkitan COVID-19 tinggi.

Dr Zaini turut merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri yang telah memperuntu­kkan lebih RM200,000 untuk membantu persiapan PKRC Gelanggang Seni yang mampu menempatka­n seramai 140 orang pesakit pada satu-satu masa.

“Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) di atas sumbangan alatan klinikal selain peruntukan daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melengkapk­an PKRC ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Dr Zaini berkata pihaknya kini sedang giat memastikan rakyat negeri ini untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi program vaksinasi yang disediakan oleh kerajaan.

“Malah, jika mengikut kajian yang telah dilakukan KKM sebelum ini sebanyak 83 peratus rakyat Kelantan telah bersetuju untuk menerima vaksin.

Sekiranya melihat kepada peratusan itu boleh dikatakan kesedaran dalam kalangan penduduk adalah tinggi, namun mungkin masih ada yang tidak berdaftar di MySejahter­a dan lain-lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia