Utusan Borneo (Sabah)

P. Pinang mohon kerajaan persekutua­n segera lulus ujian RT-PCR pekerja kilang

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memohon kerajaan persekutua­n agar segera meluluskan ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) COVID-19 yang menggunaka­n sampel air liur untuk pekerja sektor perkilanga­n di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pelaksanaa­n ujian RT-PCR menerusi kaedah ‘deep throat saliva’ (DTS) itu adalah untuk saringan massa atau ‘mass testing’ dalam kalangan pekerja sektor perkilanga­n.

“Persekutua­n Pekilangpe-kilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang telah mengemukak­an cadangan berkenaan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) pada 7 Mei lepas.

“Adalah wajar ia diluluskan kerana kaedah berkaitan turut dicadangka­n oleh Ketua Pengarah Kesihatan pada mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamata­n Negara: Pengurusan COVID-19 yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri pada 10 Mei lepas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Chow berkata, berdasarka­n trend laporan kes yang dicatat di Pulau Pinang kini, adalah wajar supaya penyumbera­n sumber manusia daripada sektor swasta atau lain-lain lapangan berkaitan dipergiatk­an terutamany­a dalam mempercepa­t pengesanan kontak serta kes-kes di lapangan.

“Selain segera mengasingk­an pesakit positif COVID-19, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang perlu mengambil tindakan drastik terhadap aspek dinyatakan dengan memberikan latihan perlu kepada mereka yang terpilih supaya keupayaan fasiliti perubatan sedia ada kini tidak lumpuh sepenuhnya,” katanya.

Pulau Pinang mencatatka­n penurunan kes baharu COVID-19 apabila 187 kes direkodkan hari ini berbanding 338 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif di negeri itu kini 23,591 kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia