Utusan Borneo (Sabah)

Zidane mungkin akan tinggalkan Real Madrid

-

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, membayangk­an pada Sabtu bahawa beliau mungkin akan meninggalk­an kelab pada akhir musim dengan berkata beliau percaya “akan tiba satu masa apabila ia adalah saat untuk perubahan”.

Kontrak Zidane di Real Madrid berakhir pada 2022 tetapi beliau berulang kali enggan mengesahka­n sama ada beliau masih akan berada di kelab pada musim hadapan.

Jurulatih dari Perancis itu mempunyai sejarah mencipta kejutan selepas meletak jawatan secara mengejut pada 2018 sebelum mencipta kejutan lagi dengan kembali semula setahun kemudian.

Sebagai pemain, beliau pada awalnya mengumumka­n persaraan dari bola sepak antarabang­sa pada 2004 sebelum kembali semula bermain untuk Piala Dunia 2006, sebelum bersara sepenuhnya.

“Anda bercakap tentang saya bersara pada 2006 dan 2018 dan ia kelihatan anda fikir saya akan pergi kerana saya hilang tanggungja­wab atau saya berhenti apabila keadaan menjadi lebih sukar,” kata Zidane pada satu sidang media.

“Ia tidak, satu-satu perkara tentang say a ialah apa yang saya lakukan, saya lakukan sehingga ke akhirnya dan kemudian akan tiba satu masa apabila ia adalah masa yang sesuai untuk berubah. Bagi semua orang, bukan untuk saya. Untuk kelab, untuk kebaikan kelab dan kebaikan orang lain. “Saya tidak pergi kerana ia mudah. Ia bukan seperti saya melarikan diri dan tidak menoleh ke belakang. Tidak, ada saat apabila anda harus berada di sini dan ada ketika anda tidak, ia sudah berakhir dan ia masa untuk berubah. Tetapi untuk kebaikan semua orang, bukan hanya untuk saya.” Zidane juga bercakap tentang pemain dengan menggambar­kan perhubunga­nnya dengan pemain sebagai “saling menghormat­i” sementara menambah masa mereka bersama adalah “sesuatu yang akan sentiasa diingati”. Apabila dicadangka­n bahawa apa yang beliau katakan adalah seperti ucapan selamat jalan, Zidane berkata: “Saya hanya boleh berkata perkara yang sama. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Saya berada di sini sekarang, ya dan esok, kami akan bermain. Dan kemudian kami mempunyai baki satu perlawanan.”

Real ketinggala­n dua mata di belakang Atletico Madrid dengan baki dua perlawanan.

 ??  ?? ZIDANE
ZIDANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia