Utusan Borneo (Sabah)

Juventus sasar layak ke Liga Juara-Juara

Juve naik ke tangga ke-4 selepas kemenangan 3-2 ke atas Inter dalam aksi Serie A

-

Juve naik ke tangga ke-4 selepas kemenangan 3-2 ke atas Inter dalam aksi Serie A

MILAN: Juan Cuadrado menjaringk­an dua gol, termasuk satu penalti lewat ketika Juventus menewaskan Inter Milan 3-2 untuk mengekalka­n impian layak ke Liga Juara-Juara pada perlawanan di mana keduadua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain pada Sabtu.

Juventus naik ke tangga keempat liga, berkongsi mata dengan pasukan di tangga ketiga, AC Milan dan dua mata di hadapan Napoli, dengan kedua-dua pasukan ini bermain lewat.

Kemenangan menamatkan 20 perlawanan tanpa kalah Inter, yang menafikan kejuaraan liga yang ke-10 berturut-turut buat Juventus.

Cristiano Ronaldo gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti minit ke-24 tetapi menolak bola muntah untuk menambah koleksi gol terbanyak liga kepada 29 musim ini.

Tetapi Inter mengikat kedudukan sembilan minit kemudian dari satu penalti Romelu Lukaku.

Juventus kembali di hadapan sekali lagi sebelum rehat apabila Cuadrado menjaringk­an gol peribadi pertamanya dengan menewaskan penjaga gol Samir Handanovic.

Juventus bermain hampir sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Rodrigo Bentancur dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua perlawanan ekoran terjahan keras ke atas Lukaku.

Kapten Juventus, Giorgio Chiellini, tertolak bola ke pintu gol sendiri ketika berbaki tujuh minit permainan untuk membolehka­n Inter mengikat kedudukan 2-2 sebelum Juventus memperoleh­i tendangan penalti apabila Ivan Perisic mengasari Cuadrado, yang kemudian menyempurn­akan gol kemenangan. Inter juga menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Marcelo Brozovic dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit kecederaan.

Pada perlawanan lain, Atalanta mengesahka­n tempat ke Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut apabila menewaskan Genoa 4-3.

Atalanta kekal di tangga kedua, tiga mata di hadapan AC Milan dan Juventus dan dijamin akan layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan sebelum dua pasukan itu bertemu minggu hadapan.

Atalanta menamatkan saingan dengan tiga gol dalam separuh masa pertama.

Ruslan Malinovsky­i mengumpan bola kepada Duvan Zapata untuk gol pembukaan dan kemudian menjaringk­an gol kedua sebelum Robin Gosens menjaringk­an gol ketiga sebelum rehat.

Mario Pasalic menjaringk­an gol keempat, enam minit selepas rehat sebelum Genoa bangkit dengan dua gol Eldor Shomurodov, di antara gol Goran Pandev.

“Bagi kami, kembali sekali lagi ke Liga Juara-Juara musim ini adalah lebih menarik,” kata jurulatih Atalanya, Gian Piero Gasperini, yang membawa Atalanta ke bola sepak elit kelab Eropah buat kali pertama pada musim 2019/2020.

“Tiga kali dalam Liga Juara-Juara adalah satu pencapaian hebat. Trofi kejuaraan pastinya lebih manis tetapi kami yakin kami sudah menang banyak.”

Atalanta akan memburu kejuaraan kedua dalam sejarah kelab apabila bertemu dengan Juventus di final Piala Itali Rabu ini.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMUAN HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Inter Milan di Stadium Juventus di Turin.
— Gambar AFP PERTEMUAN HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Inter Milan di Stadium Juventus di Turin.
 ?? — Gambar AFP ?? LINCAH: Aksi Ronaldo (kanan) pada perlawanan itu.
— Gambar AFP LINCAH: Aksi Ronaldo (kanan) pada perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia