Utusan Borneo (Sabah)

Leicester julang trofi sulung Piala FA

Tundukkan Chelsea 1-0 di hadapan 22,000 penonton yang menyaksika­n perlawanan akhir di Stadium Wembley

-

LONDON: Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, memuji ‘pencapaian bersejarah’ kelabnya apabila menewaskan Chelsea 1-0 pada Sabtu untuk menjulang trofi Piala FA Inggeris buat kali pertama dalam sejarah 137 tahun kelab.

Gol cantik Youri Tielemans disaksikan oleh 22,000 penonton di Stadium Wembley, jumlah terbesar kehadiran penonton dalam satu acara sukan sejak pandemik COVID-19 melanda 14 bulan yang lalu dan dianggap gol selayaknya untuk memenangi mana-mana kejuaraan.

Lima tahun selepas Leicester mengejutka­n ramai pihak dengan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Leicester kini memenangi satu lagi kejuaraan berprestij selepas lima kali mencuba.

Empat kali mereka tewas di final tetapi final terakhir ialah pada 52 tahun yang lalu.

“Ia hari bersejarah untuk kelab bola sepak ini,” kata Rodgers. “Memenangi Piala FA buat kali pertama. Saya berasa gembira dengan pemain dan penyokong. Mereka sudah tewas empat final dan sekarang, kali kelima kami menamatkan badi ini.”

Satu minggu bersejarah buat Leicester mungkin lebih manis kerana mereka diambang mengesahka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stamford Bridge untuk kemungkina­n perlawanan penentu untuk menamatkan musim di empat tangga teratas Liga Perdana.

Dan Rodgers mencadangk­an pasukan pasukannya adalah pilihan peminat berkecuali ketika mereka cuba mengejutka­n enam kelab besar Liga Perdana sekali lagi.

Chelsea adalah antara kelab yang menyertai kejohanan kontrovers­i Liga Super Eropah (ESL) yang gagal dilaksanak­an bulan lepas, bersama-sama Manchester

City, Manchester United, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Arsenal.

“Kejayaan pasukan ini dan kelab ialah untuk berada dalam kedudukan seperti ini dalam liga dan juga bersaing sengit. Mereka yang digelar kelab besar dijangka untuk menang tetapi kejayaan kami ialah bersaing dan jika kami boleh bermain seperti hari ini, kami boleh menang,” tambah Rodgers.

“Selepas segala-gala yang berlaku tahun ini, saya pasti ada golongan peminat berkecuali yang mahukan kami mencipta kejutan.”

Chelsea memerlukan kebangkita­n segera selepas kekalahan kali keempat dalam 27 perlawanan sejak Thomas Tuchel menggantik­an Frank Lampard sebagai pengurus pada bulan Januari.

Chelsea juga bermain di final Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada akhir bulan ini.

“Sememangny­a kami kecewa tetapi tidak marah,” kata Tuchel. “Ini adalah prestasi sudah memadai untuk menang tetapi hari ini kami tidak bernasib baik. Anda memerlukan tuah pada perlawanan seperti ini untuk menang.”

Kejayaan Chelsea di bawah kendalian Tuchel adalah kerana rekod pertahanan yang kebal tetapi kerapuhan mereka di benteng pertahanan sekali lagi terdedah sehinggala­h ketinggala­n gol.

Suasana bingit kehadiran penyokong dari kedua-dua pasukan membantu mengurangk­an kualiti dalam padang pada awal permainan.

Satu saat kemenangan hadir apabila Tieleman menerima umpanan pada pertengaha­n padang Chelsea dan kemudian melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kepa Arrizabala­ga.

Tuchel menunjukka­n kekuatan dalaman skuad dalam usaha mencari gol penyamaan apabila memasukkan Callum Hudson-Odoi, Ben Chilwell, Kai Havertz, Olivier Giroud dan Christian Pulisic selepas rehat tetapi mereka dinafikan oleh ketangkasa­n penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

Chilwell, di mana setiap sentuhan bola beliau disambut cemuhan oleh penyokong Leicester, mempunyai dua peluang untuk mengikat kedudukan.

Mason Mount juga tidak bernasib baik apabila cubaannya ditepis Schmeichel.

Dan apabila Schmeichel akhirnya ditewaskan, Chelsea dinafikan oleh semakan video bantuan pengadil (VAR).

Cubaa Wes Morgan mengeluark­an bola dari bahaya terkena Chilwell dan melantun masuk ke pintu gol tetapi Chilwell berada pada kedudukan ofsaid ketika ini.

“Terima kasih VAR! Teknologi yang hebat,” kata Tielemans sebelum meraikan keputusan itu seperti menjaringk­an satu gol dan pada wisel penamat, mereka akhirnya meraikan satu kejayaan bersejarah.

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MANIS: Pemain Leicester City meraikan kejayaan di atas podium dengan trofi yang dimenangi selepas menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley.
— Gambar AFP DETIK MANIS: Pemain Leicester City meraikan kejayaan di atas podium dengan trofi yang dimenangi selepas menewaskan Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia