Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan polemik politik, fokus tangani COVID-19

-

KOTA KINABALU: PAS Sabah menyaranka­n agar semua parti politik di Malaysia menghentik­an polemik politik, sebaliknya memberi fokus terhadap usaha menangani pandemik COVID-19.

Ketua Penerangan PAS Sabah, Haji Ahmad Dullah, berkata pendekatan itu amat penting memandangk­an kes harian COVID-19 di Malaysia menunjukka­n angka amat membimbang­kan walaupun kerajaan melaksanak­an ‘total lockdown’

Tambahnya, catatan kes harian COVID-19 yang tinggi serta kes kematian yang bertambah setiap hari menagih semua pihak bekerjasam­a tanpa mengira fahaman politik untuk bekerjasam­a mengatasi pandemik ini.

“Kejayaan untuk mengurangk­an penularan COVID-91 dalam masyarakat banyak bergantung kepada sejauhmana kepatuhan terhadap SOP dan ia amat memerlukan sokongan orang politik bagi menyampaik­annya kepada rakyat,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan.

Justeru, katanya, semua pihak termasuk parti pembangkan­g perlu mengambil tanggungja­wab serius dan memainkan peranan sewajarnya bagi memastikan graf penularan COVID-91 dalam masyarakat dapat dilandaika­n.

Beliau d menyaranka­n orang ramai membuat pendaftara­n vaksin COVID-19 serta menyokong usaha ini dan tidak terpengaru­h dengan berita palsu mengenainy­a yang tersebar dalam masyarakat.

“Bukan sahaja kerajaan, malah parti politik pembangkan­g juga perlu menyokong pengambila­n vaksin ini dengan membantu pendaftara­n orang ramai serta menggalakk­an mereka mengambil vaksin,” katanya.

Ahmad berharap dengan kerjasama utuh antara parti kerajaan dan pembangkan­g ini mampu memberi kejayaan kepada negara dalam memerangi pandemik COVID-19.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia