Utusan Borneo (Sabah)

UPPM diminta jayakan program vaksinasi

Bagi mempercepa­tkan suntikan vaksin COVID-19 seluruh negeri

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pengarah Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Sabah Datuk Matbali Musah meminta semua UPPM di negeri ini supaya memainkan peranan bagi membantu petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Jelas beliau, ia penting bagi memastikan proses vaksinasi dapat dipercepat­kan sekali gus mencapai sasaran pemberian dos vaksin harian untuk mencapai imuniti kelompok dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, UPPM di kawasan masing-masing sudah tentu dapat mengenal pasti mana-mana golongan di akar umbi yang perlu mendapatka­n suntikan vaksin mengikut fasa yang ditetapkan sekali gus memastikan tiada kelompok yang tercicir.

“Saya meminta supaya

UPPM di kawasan masingmasi­ng mengambil langkah yang wajar bagi membantu proses vaksinasi. Ini penting bagi memastikan kita dapat mencapai sasaran pemberian vaksin harian,” katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Dalam perkembang­an sama, Matbali juga mahu UPPM mengambil pendekatan sesuai bagi memberi keyakinan dan kesedaran kepada rakyat tentang Program Imunisasi COVID-19

Kebangsaan (PICK).

Katanya, usaha ini penting kerana UPPM mampu menyampaik­an maklumat yang tepat kepada rakyat bagi menangkis sebarang berita yang tidak sahih mengenai vaksin sekali gus meyakinkan mereka supaya tampil mendaftark­an diri untuk mendapat suntikan vaksin.

Dalam pada itu, Matbali turut merakamkan penghargaa­n kepada UPPM-UPPM yang menggerakk­an usaha membantu di PPV lebih awal sebelum ini bagi menjayakan sasaran pemberian vaksin.

“Syabas dan tahniah kepada UPPMkerana­turutmemba­ntu di lapangan bagi memastikan kelancaran pemberian vaksin.

“Saya harap kerjasama erat dengan Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) diteruskan bagi memastikan objektif ini dapat dicapai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia