Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan tujuh individu di pusat hiburan langgar PKP

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Polis menahan tujuh individu termasuk tiga warga asing selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Pantai di sini awal pagi semalam.

Operasi yang dinamakan Op Noda itu dijalankan kira-kira jam 1.40 pagi membabitka­n anggota cawangan Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Pegawai Turus D7 IPK Sabah Deputi Superinten­dan Alhusin Halil berkata, semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 17 hingga 54 tahun membabitka­n tiga lelaki dan empat wanita termasuk seorang penjaga premis.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati tiga daripada individu berkenaan adalah warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri sah, manakala tiga lagi dikesan positif dadah.

“Pemeriksaa­n awal mendapati premis berkenaan beroperasi dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP. Pemeriksaa­n lanjut di sebuah bilik di premis terbabit menemukan empat wanita bersama dua lelaki.

“Proses pemeriksaa­n dokumentas­i mendapati tiga individu iaitu seorang lelaki dan dua wanita bukan warganegar­a, manakala selebihnya warga tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, tangkapan dibuat mengikut Perkara 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak menjaga penjarakan sosial, mengunjung­i pusat hiburan dan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahter­a.

Alhusin berkata, penjaga premis terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam (PEO) 1958.

 ??  ?? DITAHAN: Polis memeriksa pusat hiburan yang didapati melanggar SOP PKP.
DITAHAN: Polis memeriksa pusat hiburan yang didapati melanggar SOP PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia