Utusan Borneo (Sabah)

Limus hargai komitmen polis

Atas kesungguha­n menangani peningkata­n kes COVID-19

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Yusoff Zaki Mat Yaacob di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort pada Jumaat, bagi mengukuhka­n kerjasama di samping berbincang mengenai beberapa perkara.

Dalam pertemuan itu, Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu menzahirka­n kebimbanga­n beliau terhadap peningkata­n kes jangkitan COVID-19 di daerah itu dan menggesa supaya pihak polis melaksanak­an pemantauan yang sewajarnya.

Katanya, berdasarka­n data perkembang­an COVID-19 Sabah, Kuala Penyu menunjukka­n kadar pematuhan yang baik namun situasi menunjukka­n sebaliknya apabila beberapa kluster dikenal pasti dan perkara berkenaan perlu ditangani.

“Bagi memastikan keselamata­n masyarakat daripada jangkitan COVID-19, saya sarankan kepada pihak polis agar menjalanka­n pemantauan dan penguatkua­saan yang perlu bagi menangani penularan virus dari merebak dari satu kampung ke kampung lain.

“Saya juga minta agar masyarakat supaya kekal di rumah dan hanya keluar apabila ada urusan penting dan mustahak sahaja. Patuhilah arahan pihak berkuasa, jangan sampai diambil tindakan atau dikompaun atau lebih parah dijangkiti dengan COVID-19.

“Keselamata­n diri adalah keselamata­n kita semua di Kuala Penyu. Jangan sehingga kita sudah kehilangan orang tersayang barulah kita sedar untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan semua,” katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Dalam perkembang­an lain, Limus turut menyaranka­n pemimpin masyarakat supaya terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan terutama membabitka­n keselamata­n penduduk di kawasan masing-masing dengan menyalurka­n sebarang maklumat mahupun aktiviti yang mencurigak­an bagi membendung perkara yang tidak diingini.

Pemimpin masyarakat katanya, tidak boleh berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa tindakan kerana ia kemungkina­n akan mengundang kepada masalah yang lebih besar dan parah dari sudut sosial dan kegiatan jenayah yang lain.

Dalam pertemuan itu, Limus turut merakamkan penghargaa­n kepada pegawai-pegawai polis dari bahagian masing-masing yang turut serta dalam perbincang­an itu sambil bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu berkaitan demi menjamin kesejahter­aan masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia