Utusan Borneo (Sabah)

Buaya ‘sesat’ diserah kepada JHL

Untuk ditempatka­n di Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Seekor buaya jantan yang tersesat di perairan Pulau Gaya dekat sini akhirnya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan ditempatka­n di Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi malam Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Augustine Tuuga berkata, buaya sepanjang 14.5 kaki dengan anggaran berat 200 hingga 250 kilogram itu dibawa oleh JHL Pantai Barat ke Pusat Penyelamat Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Katanya, tindakan itu dibuat sementara menunggu tindakan lanjut penghantar­an ke penempatan baharu yang belum dikenal pasti.

Menurutnya, pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu tiba di Pulau Gaya kirakira jam 7 malam selepas menerima laporan buaya berkenaan berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

“PegawaiJPA­MKotaKinab­alu SJN Safaruddin Rusline menjelaska­n, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Pulau Gaya membuat laporan polis mengenai tangkapan buaya berkenaan dan menyerahka­nnya kepada JPAM.

“Pasukan JPAM tiba di Pondok Kawalan JPAM

Tanjung Aru pada jam 10 malam untuk menyerahka­n buaya terbabit kepada JHL Pantai Barat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pihaknya memberikan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPAM kerana membantu dalam operasi penyerahan buaya terbabit.

Beliau berkata, JHL turut berterima kasih kepada JPKK Pulau Gaya kerana membuat laporan kepada PDRM dan menyerahka­n buaya berkenaan kepada pihak berwajib.

Dalam pada itu, Augustine menasihatk­an orang awam untuk menyampaik­an laporan rasmi kepada pihak berwajib seperti PDRM, JPAM dan JHL sekiranya terdapat gangguan hidupan liar di kawasan masing-masing.

Katanya, orang awam juga dinasihatk­an untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamata­n diri dalam menangani konflik hidupan liar dengan manusia.

 ??  ??
 ??  ?? PERIKSA: Pasukan JHL Pantai Barat membuat pemeriksaa­n fizikal buaya yang ditangkap.
PERIKSA: Pasukan JHL Pantai Barat membuat pemeriksaa­n fizikal buaya yang ditangkap.
 ??  ?? BUAYA: Operasi penyerahan tangkapan buaya daripada pihak JPAM kepada JHL.
BUAYA: Operasi penyerahan tangkapan buaya daripada pihak JPAM kepada JHL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia