Utusan Borneo (Sabah)

Masalah penempatan dan Internet, cabaran utama program vaksinasi di Semporna

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Pelaksanaa­n program vaksinasi di daerah ini menghadapi pelbagai cabaran disebabkan terdapatny­a banyak penempatan di kawasan pulau dan masalah liputan Internet yang rendah.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khan Sulaiman berkata, masalah itu menyebabka­n bilangan penduduk mendaftar suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahter­a rendah iaitu sekitar 10,000 orang berbanding jumlah penduduk lebih 140,000 orang.

“Pendaftara­n sebelum ini hanya sekitar 1,000 orang menyebabka­n Jabatan Kesihatan Daerah Semporna (JKDS) mengambil pendekatan ‘turun padang’ atau ‘out reach’ di kawasan penduduk.

“Kami turut melakukan pendaftara­n secara manual sebelum memasukkan semua data penduduk ke dalam talian sebaik pulang ke pejabat JKDS,” katanya kepada media, baru-baru ini.

Shameer berkata, kaedah itu dilihat lebih praktikal sekali gus membolehka­n lebih ramai penduduk mendapat suntikan vaksin.

“Buat masa ini, program ‘out reach’ dilakukan di tanah besar seperti Bugaya sebelum bergerak ke pulau menggunaka­n bot klinik.

“Selepas dua hari program, lebih 300 penduduk di Bugaya berjaya divaksin dan masih mendapat permintaaa­n dalam kalangan penduduk,” katanya.

Pada masa sama, suntikan vaksin turut diberikan kepada petugas barisan hadapan ekonomi seperti peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Shameer, selepas pihak berkuasa, golongan ini juga dianggap penting kerana mereka diperlukan untuk sektor ekonomi dan pembanguna­n masyarakat setempat.

“Ini kerana mereka perlu berurusan secara langsung dengan penduduk dalam menyalurka­n bantuan dan sebagainya.

“Mereka menjadi antara golongan sasar vaksinasi, di sini, bagi mengurangk­an risiko kematian atau kronik akibat pandemik COVID-19.

Sementara itu, Shameer berkata pihaknya menjangkak­an seramai 12,000 penduduk perlu divaksinas­i dalam usaha ke arah pembentuka­n imuniti berkelompo­k di daerah ini.

 ??  ?? VAKSIN: Penduduk boleh terus ke pusat vaksinasi di Dewan Masyarakat Semporna.
VAKSIN: Penduduk boleh terus ke pusat vaksinasi di Dewan Masyarakat Semporna.
 ??  ?? Dr. SHAMEER
Dr. SHAMEER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia