Utusan Borneo (Sabah)

PAS Tawau mahu pemimpin lebih agresif jayakan pendaftara­n vaksin COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Tawau berharap pemimpin di semua peringkat terus agresif membantu menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di kawasan masing-masing.

Terdahulu, Sabah antara yang terendah iaitu kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk di negeri ini sudah mendaftar menerima suntikan vaksin.

Ketua Pemudanya, Ustaz Rosli Hassan berkata, seruan itu merangkumi pemimpin kerajaan negeri, parti politik dan tokoh-tokoh masyarakat setempat.

“Bagi peringkat kepimpinan PAS kawasan Tawau sudah melancarka­n kempen besar-besaran termasuk menggalaka­n semua ahli untuk menjadi penerima vaksin dengan segera.

“Kami juga terus berusaha lebih proaktif untuk membantu menyampaik­an maklumat kepada penduduk di sini tentang kepentinga­n pengambila­n vaksin,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat tidak perlu ragu untuk mengambil vaksin kerana ianya merupakan kaedah yang ada ketika ini dalam menghentik­an penularan wabak COVID-19.

“Kita sedia maklum, masyarakat terutamany­a yang beragama islam masih ramai meragukan vaksin yang disediakan kerajaan.

“Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan juga sudah memutuskan pengambila­n vaksin hukumnya harus dan tidak perlu diragukan,” katanya.

Rosli berkata, rakyat Sabah khususnya di Tawau perlu bersama-sama menggalas tanggungja­wab membantu kerajaan untuk menyampaik­an kebaikan pengambila­n vaksin ini.

“Pendaftara­n Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan boleh dilakukan secara atas talian, menerusi aplikasi MySejahter­a atau laman sesawang khas di www.vaksincovi­d.gov. my.,” katanya.

 ??  ?? USTAZ ROSLI
USTAZ ROSLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia