Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri jelas utamakan rakyat menerusi pemberian Bantuan Sabah Prihatin 3.0

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pemberian Bantuan Sabah Prihatin 3.0 jelas menunjukka­n kerajaan negeri yang ada pada hari ini bukan sahaja memfokuska­n terhadap pembanguna­n Sabah semata-mata tetapi turut mengutamak­an kebajikan rakyatnya.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin (gambar) berkata, ini terbukti apabila kerajaan mengumumka­n pemberian Bantuan Sabah Prihatin 3.0 kepada golongan sasar yang terjejas akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ekoran peningkata­n kes COVID-19.

Jelas beliau, kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor jelas membuktika­n kerajaan yang ada pada hari ini amat prihatin terhadap rakyat di negeri ini dengan menyalurka­n bantuan pelbagai bentuk bantuan bagi membantu mereka.

“Saya percaya bantuan berkenaan akan meringanka­n beban golongan sasar yang terjejas ekoran pelaksanaa­n PKP 3.0 akibat peningkata­n jangkitan COVID-19 di seluruh negara dan tidak terkecuali Sabah.

“Saya juga yakin rakyat khususnya di negeri ini terutama di peringkat akar umbi amat berterima kasih dengan pemberian bantuan daripada kerajaan negeri.

“Sudah pasti juga kerajaan negeri tidak akan berhenti meneruskan bantuan seumpamany­a kepada golongan sasar kerana pimpinan yang ada mempunyai pelbagai perancanga­n sesuai untuk membantu rakyat di negeri ini, “katanya kepada Utusan Borneo.

Dalam perkembang­an berkaitan, Shahril turut mengingatk­an kepada masyarakat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKP 3.0 bagi mengurangk­an sekaligus memutuskan rantaian wabak COVID-19 di negeri ini.

Jelas beliau, pematuhan terhadap SOP adalah penting kerana ia bukan sahaja dapat menghindar­i diri sendiri daripada wabak berbahaya itu tetapi pada masa sama berupaya menjauhkan keluarga tersayang daripada risiko jangkitan.

Justeru, Shahril turut berharap rakyat juga sedar tentang kepentinga­n vaksin yang disediakan kerajaan bagi melindungi diri dan keluarga malah membantu mewujudkan imuniti berkelompo­k daripada risiko itu.

 ??  ?? MOHD SHAHRIL
MOHD SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia