Utusan Borneo (Sabah)

PdPR turut diambil kira sebagai komponen penilaian UPKK: KP JAKIM

-

PUTRAJAYA: Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dinilai oleh guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sekolah masing-masing, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Beliau yang mengulas keresahan ibu bapa berkaitan pelaksanaa­n UPKK bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang dilaksanak­an secara serentak pada tahun ini berkata setiap subjek yang dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayata­n dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

“Malah, ia tidak terikat dengan pelaksanaa­n peperiksaa­n semata-mata, tetapi menjadi sebahagian daripada amalan fardhu ain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 11 November 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan berkata ujian UPKK tahun 2020 akan dilakukan serentak dengan UPKK tahun ini iaitu dari 4 hingga 7 Oktober ini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.

Bagi dua subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayata­n Cara Hidup Islam, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolah­an tahun 2021.

“Ia berdasarka­n penilaian sepanjang sesi persekolah­an termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengambilk­ira ujian bulanan dan aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

“Selain itu, PdPR turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK, yang dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing,” katanya.

Abdul Aziz berkata, bagi Mata Pelajaran al-Quran yang merangkumi Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran, Hafazan dan Tafsir al-Quran akan dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing yang dijadualka­n bermula pada 1 hingga 30 September ini.

Sementara, lima subjek bertulis iaitu Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Jawi dan Khat, Adab Kertas 1 & 2 dan Lughatul Quran akan dilaksanak­an pada 4 hingga 7 Oktober ini.

“Sukacita dinyatakan, lima subjek bertulis tersebut bukan hanya peperiksaa­n bertulis semata-mata,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambaha­n jumlah calon yang menduduki ujian tersebut.

Abdul Aziz berkata, dengan mengambil kira tempoh masa yang ada, pelaksanaa­n ujian bertulis UPKK masih mengikut jadual dan perancanga­n yang ditetapkan.

Menurutnya, perkara ini akan dilaksanak­an dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperas­ian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang telah mendapat kelulusan Majlis Keselamata­n Negara pada 9 Jun 2021, berdasarka­n ulasan serta pandangan yang telah dikemukaka­n Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamata­n murid dan semua petugas peperiksaa­n,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama semua agensi terlibat telah menyediaka­n pelan tindakan yang sewajarnya demi memastikan pelaksanaa­n UPKK tahun 2021 berjalan lancar.

“Penilaian terhadap murid juga boleh dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk dari aspek kaedah pelaksanaa­n UPKK. Justeru, JAKIM sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkina­n tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia