Utusan Borneo (Sabah)

Fasa seterusnya selepas SPM

UoRM and NUMed tawar pelbagai program pendidikan bertaraf UK terkemuka di Malaysia

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakka­n (PKP) yang sejak tahun lalu menyebabka­n pengajian pelajar tingkatan lima terkesan apabila apabila peperiksaa­n Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) turut terpaksa ditangguhk­an.

Pada masa sama, sekatan pergerakan telah meningkatk­an rancangan mereka untuk melanjutka­n pelajaran ke luar negara dengan lancar terutama bagi mereka yang ingin melanjutka­n pendidikan tinggi UK yang berkualiti

Sehubungan itu, University of Reading Malaysia (UoRM) and Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) menawarkan pelbagai program pendidikan UK terkemuka di Malaysia.

Menariknya, UoRM ini merupakan kampus cawangan antarabang­sa University of Reading, UK dan menawarkan pelbagai pilihan kajian yang fleksibel dan berpatutan dengan harga yang berpatutan.

UoRM menduduki tempat ke-75 dalam Times University High Education (THE) World University Rankings 2020 untuk tinjauan antarabang­sa.

Dengan hanya menggunaka­n keputusan SPM, anda layak mendaftar dalam Internatio­nal Foundation Programme (IFP) 12 bulan di kampus canggihnya yang terletak di EduCity, Iskandar Johor. Lepasan sekolah juga akan mendapat banyak manfaat dari program IFP kerana ia dirancang khusus untuk mereka yang ingin memulakan perjalanan universiti seawal mungkin.

Bagi pelajar yang berjaya mengikuti kursus ini, mereka akan mempunyai pilihan untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di dalam Malaysia atau kampus UK dalam Reading yang hanya 22 minit perjalanan dengan kereta api dari London.

Ijazah yang dianugerah­kan di kampus Malaysia diakredita­si oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan mempunyai kurikulum serta standard kualiti akademik yang sama dengan yang ditawarkan di kampus UK.

Lebih menarik lagi ialah pelajar diberi pilihan untuk menghabisk­an satu atau dua tahun di kampus UK melalui pilihan mobiliti fleksibel yang disediakan. Ibu bapa juga tidak lagi perlu bimbang dengan sekatan perjalanan dan langkah-langkah kesihatan yang dikenakan disebabkan oleh wabak pandemik yang sedang melanda dunia sekarang.

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang perubatan atau sains bioperubat­an pula, anda boleh menjadikan NUMed sebagai salah satu universiti pilihan.

NUMed merupakan kampus cawangan antarabang­sa milik penuh Inggeris pertama untuk perubatan dan sains bioperubat­an di Malaysia. Selain itu, ia merupakan salah satu dari 12 universiti di dunia dan hanya empat di universiti UK yang telah mendapat lima bintang QS plus dari Quacquarel­li Symonds (QS), penilaian antarabang­sa untuk universiti antarabang­sa.

Di NUMed, pelajar boleh mendapatka­n pendidikan perubatan mereka dengan mendaftar di program Foundation in Biology and Biomedical Sciences yang ditawarkan di kampus ini.

Program 12 bulan ini didaftarka­n di Kementeria­n Pengajian Tinggi dan turut diiktiraf oleh MQA.

Selain itu, para pelajar juga berpeluang untuk mempelajar­i pelbagai jenis penyelidik­an dan pengalaman yang menarik kerana Russell Group University yang secara konsisten berada di kedudukan 20 teratas di UK.

Setelah berjaya menamatkan program Asasi, pelajar akan diberi peluang untuk mengikuti program Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery (MBBS) atau 2 + 1 BSc (Honours) Biomedical Sciences.

Di samping itu, pelajar juga akan mendapat sistem pengajaran dan penyelidik­an yang terbaik dari tenaga pengajar terkemuka dunia yang terdiri daripada saintis penyelidik­an, doktor perubatan dan pensyarah profession­al.

Walaupun masa depan mungkin tampak suram dan tidak menentu selama wabak ini melanda namun pelajar dan ibu bapa mampu menarik nafas lega dengan adanya prospek pendidikan UK berkualiti tinggi yang diakui di peringkat antarabang­sa yang tersedia di Malaysia terutamany­a ketika belajar di UoRM atau NUMed.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pendidikan tinggi UK bertaraf dunia di Malaysia, anda boleh melayari laman web www.theglobals­cholars. com

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia