Utusan Borneo (Sabah)

Krejcikova menangi Kejohanan Terbuka Perancis

Pemain tenis Republik Czech itu menjadi wanita pertama menakluk Roland Garros dalam 40 tahun

-

“Sukar untuk diperkatak­an. Saya tidak percaya saya memenangi Grand Slam. Saya telah meluangkan banyak masa bersama Jana sebelum beliau ” meninggal. Barbora Krejcikova Pemain tenis wanita Republik Czech

PARIS: Barbora Krejcikova meraih kemenangan sulung perseorang­an Grand Slam di Terbuka Perancis pada Sabtu, mengalahka­n pemain Rusia Anastasia Pavlyuchen­kova sekaligus menjadi wanita Czech pertama yang menakluk Roland Garros dalam 40 tahun.

Krejcikova, ranking ke-33 dunia dan hanya bermain lima perlawanan persendiri­an Slam, menang 6-1, 2-6, 6-4 dan meraih juara buat kali kedua.

Pemain 25 tahun itu mengikuti jejak rakan senegara Hana Mandlikova yang membawa pulang trofi di Paris pada 1981.

Krejcikova mendedikas­ikan kemenangan beliau kepada mentornya, bekas juara Wimbledon, Jana Novotna yang meninggal akibat kanser pada 2017.

“Sukar untuk diperkatak­an. Saya tidak percaya saya memenangi Grand Slam. Saya telah meluangkan banyak masa bersama Jana sebelum beliau meninggal. Pesanan terakhir beliau buat saya adalah ‘nikmati tenis dan cuba untuk menang Grand

Slam,” jelas Krejcikova.

Memulakan perlawanan dengan gemuruh, Krejcikova dipatahkan dalam perlawanan pertama dengan dua kesilapan.

Namun pemain Rusia itu tidak mampu menaklukin­ya lalu ketinggala­n dalam enam permainan seterusnya, ketika pemain Czech itu mendahului tiga kali dan dan menang set pembuka dalam setengah jam.

Pavlyuchen­kova, lebih tenang dalam set kedua, mendahului dengan 5-1.

Dalam perlawanan penentu, kedua-dua pemain saling bertukar mata pendahulua­n, sebelum petanding Czech itu mengatasi dengan 4-3.

Pavlyuchen­kova berjaya menyelamat­kan mata penentuan dalam pusingan kesembilan dan kesepuluh, namun Krejcikova dinobatkan juara pada pusingan keempat apabila hantaran pemain Rusia keluar gelanggang.

Manakala pemian nombor satu dunia dan juara 2019 Ashleigh Barty, tersingkir dalam pusingan kedua.

 ?? — Gambar AFP ?? UNGGUL: Krejcikova mencium trofinya selepas menewaskan Pavlyuchen­kova pada final Terbuka Perancis di Paris.
— Gambar AFP UNGGUL: Krejcikova mencium trofinya selepas menewaskan Pavlyuchen­kova pada final Terbuka Perancis di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia