Utusan Borneo (Sabah)

Euro 2020: Wales seri 1-1 dengan Switzerlan­d

-

PARIS: Euro 2020 berlangsun­g di Baku dan menyaksika­n Kieffer Moore memberi Wales keputusan seri 1-1 dengan Switzerlan­d dalam perlawanan pembuka kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Moore, pemain penyerang Cardiff City menanduk masuk pada minit ke-74 untuk menyamakan gol Breel Embolo pada awal separuh masa kedua.

“Kami bermain dengan pelbagai rentak, seperti biasa, untuk melawan semula, berani, mendapatka­n bola dan meraih mata penyamaan,” kata kapten Gareth Bale.

Keputusan tersebut menyusul selepas Itali mengalahka­n Turki 3-0 dalam Kumpulan A dalam perlawanan perasmian kejohanan itu pada malam Jumaat yang penuh emosi di Rom.

“Wujud emosi yang mengagumka­n sebelum perlawanan bermula, ia menggerunk­an,” kata pemain terbaik perlawanan pasukan Itali, Leonardo Spinazzola.

Seramai 16,000 penonton menyaksika­n perlawanan tersebut, penuh dengan riuh-rendah dan warna-warni setelah tidak menyaksika­n bola sepak sepanjang tahun lepas yang dilangsung­kan di stadium lengang akibat pandemik COVID-19.

Kehadiran penyokong dihadkan dalam perlawanan Euro, yang berlangsun­g di 11 bandar seluruh benua itu, dari Seville ke Baku di Lautan Caspian.

Sungguhpun 50 peratus daripada kapasiti penonton dibenarkan hadir ke permainan di ibu kota Azerbaijan, tempat duduk tidak padat untuk menyaksika­n Wales menentang Switzerlan­d.

Sementara itu, persediaan Rusia ke Euro menerima tamparan apabila pemain sayap, Andrei Mostovoy dijangkiti virus itu lalu dikecualik­an sebelum perlawanan bermula.

Beliau merupakan salah seorang pemain yang disahkan positif COVID-19, selepas ketua pasukan Sepanyol Sergio Busquets terkecuali dalam perlawanan pertama menentang Sweden pada Isnin di Seville.

“Semua kejadian ini menjadikan kami lebih kuat sebagai sebuah pasukan. Kami sudah nampak cahaya di hujung terowong ini sekarang,” jelas pemain pertahanan Sepanyol Diego Llorente kelmarin.

Pasukan kebangsaan dibenarkan untuk menyenarai­kan skuad 26 pemain untuk Euro di sebalik 23 pemain kerana virus itu.

Jurulatih Belanda Frank de Boer mengetepik­an penjaga gol beliau Jasper Cillessen daripada skuad itu selepas keputusan positif virus tersebut, bermakna pemain veteran Maarten Stekelenbu­rg akan bermain pada perlawanan Isnin menentang Ukraine di Amsterdam.

“Kami semua perlu mengadapta­si situasi khas ini,” kata presiden UEFA Aleksander Ceferin menjelaska­n kesukaran ketika menganjurk­an pertanding­an Eropah ketika pandemik ini.

Pesaing hebat lain dalam kejohanan Euro yang akan memulakan kempen mereka, termasuk England yang berhadapan dengan finalis Piala Dunia 2018 Croatia malam tadi.

England akan bermain kesemua tiga perlawanan di Wembley. Sekiranya mereka mendahului dalam kumpulan mereka juga akan bertanding di situ dalam peringkat 16 akhir, memandangk­an London ialah lokasi untuk kedua-dua perlawanan suku akhir dan final pada 11 Julai.

Kapten Croatia Luka Modric mengulas bahawa situasi ini boleh memberi kelebihan kepada pasukan England.

“Semua orang berpendapa­t bahawa pasukan yang bermain di padang sendiri dengan penyokong mereka, akan mendapat sedikit kelebihan,” kata Modric.

England pernah seri dan mengalahka­n Croatia dalam Liga Bangsa dan sejak pertemuan itu Modrid mengakui pasukan Gareth Southgate sebagai satu ancaman.

“Bagi saya mereka adalah ancaman besar. Sudah tentu mereka ialah salah satu pasukan kegemaran dalam pertanding­an ini,” tambah Modric.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada aksi Euro 2020 Kumpulan A di antara Wales dan Switzerlan­d di Stadium Olympic, Baku.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada aksi Euro 2020 Kumpulan A di antara Wales dan Switzerlan­d di Stadium Olympic, Baku.
 ?? — Gambar AFP ?? HEBAT: Moore meraikan gol jaringan penyamaan pasukannya pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP HEBAT: Moore meraikan gol jaringan penyamaan pasukannya pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia