Utusan Borneo (Sabah)

12 orang daripada pasukan Venezuela positif COVID-19

-

BRASLIA: 12 orang daripada pasukan bola sepak kebangsaan Venezuela, termasuk pemain dan staf, telah didapati positif COVID-19, menurut pihak berkuasa kelmarin, hanya sehari sebelum mereka melangsung­kan perlawanan perasmian Copa Amerika menentang pasukan hos Brazil.

Menambah berita buruk untuk kejohanan itu, jabatan kesihatan Brasilia, yang telah dikecam kerana menganjurk­an perlawanan semalam, menyatakan mereka telah diberitahu tentang keputusan positif itu oleh penganjur pertanding­an pada malam Jumaat, sejurus selepas kumpulan Venezuela tiba.

“Jabatan kesihatan telah diberitahu oleh CONMEBOL (persatuan bola sepak Amerika Selatan) bahawa 12 ahli pasukan mereka telah dikecualik­an daripada pasukan kebangsaan Venezuela, termasuk pemain dan staf jurulatih, disahkan positif COVID-19,” kata jabatan kesihatan dalam sebuah kenyataan.

“Kesemua mereka tidak mempunyai simptom dan telah diasingkan secara bersendiri­an dalam bilik hotel. Mereka sedang dipantau oleh kumpulan CONMEBOL.” CONMEBOLme­mberiketer­angan pada Jumaat bahawa mereka akan membenarka­n pertukaran pemain tanpa had bagi pemain yang dikecualik­an oleh sebab positif COVID-19 mahupun kontak rapat pesakit yang dijangkiti, bermakna kes tersebut tidak akan mengakibat­kan pembatalan sebarang perlawanan.

Namun penularan itu menambah kebingunga­n kepada penganjur yang telah berhadapan dengan penaja yang menarik diri diikuti kritikan atas keputusan untuk meneruskan kejohanan itu sungguhpun pandemik.

Jabatan kesihatan tidak menyatakan berapa pemain yang disahkan positif.

Sudah dilanda dengan varian tempatan virus tersebut, varian “Gamma”, Brazil kini bimbang dengan kemunculan varian “Delta” yang berasal daripada India.

Mereka telah melaporkan beberapa kes import, namun jangkitan tempatan juga belum dapat disahkan setakat ini.

Venezuela dijadualka­n untuk menentang Brazil semalam di stadium Brazil Mane Garrincha untuk merasmikan Copa Amerika.

 ?? — Gambar AFP ?? RESAH: Jurulatih Venezuela, Jose Peseiro berada di Stadium Mane Garrincha di Brasillia untuk aksi Copa Amerika 2021.
— Gambar AFP RESAH: Jurulatih Venezuela, Jose Peseiro berada di Stadium Mane Garrincha di Brasillia untuk aksi Copa Amerika 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia