Utusan Borneo (Sabah)

Pengangkut­an awam dibenar beroperasi sepanjang sekatan pergerakan penuh

-

PUTRAJAYA: Semua perkhidmat­an pengangkut­an awam termasuk teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaa­n sekatan pergerakan penuh yang dilanjutka­n sehingga 28 Jun ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, setiap kenderaan penumpang pengangkut­an awam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua orang iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang, termasuk kenderaan bersaiz lebih besar seperti pacuan empat roda (4WD) dan van.

“Para pengguna pengangkut­an awam perlu mendapatka­n kebenaran rentas negeri atau rentas daerah daripada pihak polis sekiranya menggunaka­n mana-mana mod pengangkut­an awam bagi perjalanan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Wee berkata, pemandu teksi perlu mendapatka­n surat kebenaran beroperasi daripada Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) di https://applicatio­n.mot. gov.my. manakala pemandu e-hailing pula boleh mendapatka­n salinan surat kebenaran Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) yang telah diberikan kepada syarikat operasi ehailing masing-masing.

Beliau berkata, surat tersebut dan Lesen Kenderaan Perkhidmat­an Awam (PSV) yang dikeluarka­n oleh Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) diperlukan sebagai bukti kebenaran beroperasi di sekatan jalan raya (SJR).

Wee berkata, kesemua pemain industri yang telah mendapat kelulusan di bawah SMILE sebelum 1 Jun lepas boleh memuat turun semula surat pengesahan beroperasi dalam laman sesawang sama tanpa perlu mendaftar semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia