Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk pulau tolak vaksin, terpengaru­h maklumat negatif

Pemimpin kampung berusaha yakinkan penduduk untuk vaksinasi

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Ramai penduduk yang tinggal di kawasan pulau terpengaru­h dengan maklumat negatif mengenai vaksin COVID19.

Difahamkan, seramai 500 individu mengisi borang daftar vaksinasi yang diedarkan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Semporna di kampung-kampung di Pulau Bum Bum, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, daripada jumlah itu hanya 200 bersetuju untuk divaksin manakala selebihnya menolak dengan alasan takut menerima vaksin COVID-19.

Ketua Kampung Balimbang, salah sebuah kampung di Pulau Bum Bum, Nasir Abu Bakar, 49, berkata ramai penduduk yang mendapat maklumat salah mengenai pengambila­n vaksin COVID19.

“Melalui respons sebahagian penduduk di kawasan pulau, mereka takut kerana kononnya vaksin COVID-19 ini boleh menyebabka­n maut, lumpuh atau strok.

“Sebab itu, apabila Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan untuk vaksinasi, saya mahu ambil suntikan dahulu supaya boleh berkongsi pengalaman dengan orang kampung,” katanya.

Menurutnya, dia bersama isteri dan tiga anaknya yang berumur 19 hingga 24 tahun sudah menerima vaksin Sinovac.

“Biar kami buktikan vaksin COVID-19 ini selamat diambil dan langkah terbaik untuk perlindung­an diri,” katanya.

Dalam pada itu, Nasir berkata usaha beliau membantu KKM memberi penjelasan kepada penduduk Kampung Balimbang akan diteruskan.

“Sehingga kini penduduk pulau mula faham mengenai kebaikan vaksin dan saya sendiri sudah dapat mengumpulk­an lebih kurang 80 penduduk yang mahu mengambil vaksin.

“Sekiranya ada pusat pemberian vaksin (PPV) mudah alih, ia akan dapat mengurangk­an lagi beban kos perjalanan ditanggung penduduk,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? VAKSIN: Nasir (kiri) bersama keluargany­a ketika menerima suntikan vaksin.
VAKSIN: Nasir (kiri) bersama keluargany­a ketika menerima suntikan vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia