Utusan Borneo (Sabah)

Labuan catat jangkitan COVID-19 terlalu tinggi

30,000 dos vaksin dihantar segera minggu ini, daripada 100,000 yang diumumkan kerajaan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

LABUAN: Sebanyak 100,000 dos vaksin COVID-19 bakal dihantar ke Wilayah Persekutua­n Labuan bagi menyegerak­an proses vaksinasi di kepulauan ini.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata, Labuan kini merekodkan kadar jangkitan yang terlalu tinggi berbanding negeri-negeri lain selama beberapa minggu kebelakang­an ini.

Sehubungan itu katanya, proses penghantar­an vaksin ke Labuan perlu disegeraka­n untuk memastikan usaha vaksinasi COVID-19 dapat dilaksanak­an secepat mungkin.

Beliau berkata, bagi membantu permohonan yang sudah dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Labuan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, pihaknya terus berhubung dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa mengenai penghantar­an vaksin yang perlu disegeraka­n ke Labuan.

“Menteri sendiri (Khairy) memberitah­u sebanyak 100,000 dos vaksin akan dihantar ke Labuan bermula dengan 30,000 dos dalam minggu ini.

“Beliau turut mengesahka­n akan menghantar satu pasukan task force untuk membantu pasukan sedia ada di Labuan agar proses vaksinasi COVID-19 di Labuan dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, Rozman meluahkan kebimbanga­n apabila berlakunya pembelian panik di beberapa pasar raya di sini.

Menurutnya, keadaan itu menyebabka­n berlakunya kesesakan selepas lapan lokaliti di pulau bebas cukai itu dikuatkuas­akan ‘Lockdown Bersasar’ dua hari lepas.

“Ini meningkatk­an lagi risiko jangkitan dan dikhuatiri berlaku lonjakan kes baharu selepas ini sedangkan keadaan sudah mula melihatkan penurunan sekarang.

“Walaupun jangkitan masih tiga angka, tetapi ia sudah menurun dari segi peratusan kes positif berbanding jumlah ujian calitan yang dibuat. Jumlah ujian calitan juga ditingkatk­an kepada 1,500 hingga 2,000 ujian sehari berbanding 800 hingga 1,000 sebelum ini. setakat ini, sekitar 30,000 ujian calitan dilaksanak­an di Labuan,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga risau sekiranya Labuan akan berdepan dengan risiko kekurangan barangan keperluan disebabkan kawalan ketat rentas negeri yang memberi kesan kepada pengangkut­an bahan kerana kebanyakan­nya datang dari Sabah.

Beliau berkata, keadaan boleh menjadi bertambah buruk apabila berlakunya pembelian panik sejak dua hari lepas.

Justeru, pihaknya memohon agar pihak berkuasa memantau keadaan berkenaan termasuk kenaikan harga yang tidak berpatutan.

“Saya menyeru semua rakyat supaya mengambil langkah serius untuk menjaga diri dan keluarga.

“Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) untuk keselamata­n diri sekali gus membantu melandaika­n dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia