Utusan Borneo (Sabah)

KOMITED TINGKAT IMUNITI BERKELOMPO­K

● PPV UMS sasar 8,000 penerima vaksin, dipilih sebagai PPV tahap lima yang mampu memberi 1,000 dos sehari

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaysia Sabah (UMS), usaha signifikan dalam membantu tingkatkan imuniti berkelompo­k di Sabah.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, PPV UMS yang mula beroperasi semalam menyasarka­n kirakira 8,000 penerima vaksin di pusat berkenaan.

Katanya, pusat berkenaan juga dipilih sebagai PPV tahap lima yang boleh memberikan vaksin sehingga 1,000 dos sehari.

Sehubungan itu, pihaknya berharap PPV UMS mendapat bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi bukan hanya kepada kakitangan dan pelajar UMS, malah kepada penduduk di sekitar kawasan Sepanggar.

“Kita juga menggerakk­an doktor pakar dan jururawat sedia ada di UMS bersama sukarelawa­n dalam kalangan pelajar dan staf untuk bantu realisasi PPV UMS.

“Diharapkan supaya dengan adanya sumbangan dari UMS ini kita akan dapat tingkatkan lagi imuniti berkelompo­k khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima vaksin COVID19 sekali gus menjadi warga pertama universiti berkenaan yang menerima vaksin di PPV UMS di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, dalam minggu ini sebanyak 200 dos vaksin disediakan setiap hari untuk penerima vaksin di PPV UMS.

Menurutnya, pemilihan UMS menjadi salah satu PPV di Sabah adalah signifikan memandangk­an UMS mempunyai kepakaran termasuk doktor dan jururawat.

“Dalam keadaan kadar vaksinasi di Sabah masih rendah, saya rasa ini usaha terbaik untuk UMS membantu Sabah kerana kita tidak akan biarkan ada masyarakat yang belum divaksin.

“Sekiranya belum menerima vaksin dikhuatiri ia akan membawa jangkitan dan itu yang menjadi kerisauan kita.

“Justeru, ini antara sumbangan UMS memandangk­an kita ada kepakaran dan tenaga serta sumber untuk membantu masyarakat,” jelasnya.

Selain warga kampus UMS, PPV berkenaan turut menawarkan suntikan vaksin buat ahli keluarga kakitangan UMS dan juga penduduk sekitar.

 ??  ?? DOS PERTAMA: Taufiq menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 sempena bermulanya operasi PPV UMS semalam.
DOS PERTAMA: Taufiq menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 sempena bermulanya operasi PPV UMS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia