Utusan Borneo (Sabah)

700 kenderaan diarah patah balik semasa SJR

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebanyak 700 kenderaan diarah patah balik dalam oeprasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilaksanak­an dalam tempoh 24 jam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sejumlah 147 SJR dilaksana membabitka­n pemeriksaa­n sebanyak 66,637 kenderaan.

Bagaimanap­un katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 700 kenderaan diarah patah balik.

Beliau berkata, selain operasi SJR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaksanak­an sebanyak 66 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan dibuat.

“Sebanyak 61 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarka­n di seluruh Sabah termasuk 24 orang atas kesalahan tidak memakai pelitup muka atau tidak memakai pelitup separuh muka dengan betul.

“Seramai enam orang didapati gagal menyediaka­n peralatan untuk merekod butiran pelanggan, 10 orang membawa penumpang berlebihan, manakala 21 orang lagi keluar rumah tanpa alasan munasabah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, penguatkua­saan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (MARITIM MALAYSIA) melibatkan 127 pemeriksaa­n di kawasan Pantai Timur dan 28 pemeriksaa­n di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

Masidi berkata, hasil pemeriksaa­n, tiga tangkapan dibuat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Katanya, sebanyak 461 premis perniagaan diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau berkata, satu kompaun dikeluarka­n atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan awam oleh Majlis Daerah Kuala Penyu.

 ??  ?? PPV UMS: Kakitangan UMS menunggu giliran untuk menerima vaksin.
PPV UMS: Kakitangan UMS menunggu giliran untuk menerima vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia