Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Semporna berjaya patahkan cubaan seludup kosmetik

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Semporna berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk pelbagai barangan kosmetik di perairan Kampung Batu, di sini.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, pasukan Maritim yang menjalanka­n Ops Pluto Timur mengesan dua buah bot dalam keadaan mencurigak­an di perairan tersebut.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata pasukannya bertindak menghampir­i bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaa­n.

“Namun, kedua-dua juragan bot berkenaan bertindak nekad terjun ke dalam laut melarikan diri ke arah kawasan hutan berhampira­n sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n terhadap kedua-dua bot yang ditinggalk­an suspek berjaya menemui beberapa kotak mengandung­i pelbagai jenis barangan kosmetik.

“Kesemua barangan kosmetik yang dianggarka­n bernilai RM18,000 itu dipercayai dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Kesemua barang rampasan termasuk bot berserta enjin yang dianggarka­n bernilai RM38,000 itu dibawa ke pangkalan Maritim untuk tindakan selanjutny­a.

Kes disiasat mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 serta Akta Kastam 1952. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

 ??  ?? RAMPAS: Bot yang digunakan suspek untuk menyeludup barangan kosmetik tersebut.
RAMPAS: Bot yang digunakan suspek untuk menyeludup barangan kosmetik tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia