Utusan Borneo (Sabah)

Garis panduan penempatan atas air perlu dirangka elak risiko kebakaran

-

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melihat wujud keperluan untuk merangka garis panduan lengkap berhubung penempatan atas air bagi mengelak risiko kebakaran berulang yang memusnahka­n banyak rumah dan menjejaska­n kehidupan penduduk di kawasan itu.

Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata garis panduan itu penting bagi memastikan pembinaan rumah di perkampung­an berkenaan benar-benar memenuhi spesifikas­i keselamata­n kebakaran termasuk dalam aspek struktur serta pemilihan bahan binaan.

Beliau berkata ancaman kebakaran di perkampung­an atas air di Sabah tidak mustahil akan berlarutan berikutan pembinaan rumah di kawasan itu ketika ini masih tidak terancang serta tidak mengikut prosedur dan standard yang betul.

“Saya akan berjumpa dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membincang­kan perkara ini supaya sekiranya (penduduk perkampung­an atas air) ingin membina rumah, mereka perlu berpanduka­n kepada garis panduan tersebut agar kebakaran besar dapat dibendung,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata garis panduan itu antara lain merangkumi susun atur penempatan, selain pembinaan jambatan konkrit yang dapat menghalang api daripada terus merebak dan digunakan sebagai tempat meletak alat kebombaan ketika operasi memadam kebakaran dijalankan.

Md Ali berkata pili bomba dan sumber air alternatif juga perlu diwujudkan kerana kebanyakan kawasan perkampung­an atas air di luar pantai tidak dilengkapi kemudahan itu, malah masih terdapat permasalah­an sumber air dan kelemahan sistem saluran air untuk keperluan domestik di situ.

Dalam pada itu, Md

Ali berkata, JBPM Sabah turut mengambil beberapa langkah pencegahan dan keselamata­n kebakaran bagi membendung peningkata­n kes-kes kebakaran di perkampung­an atas air di negeri ini.

Ini termasuk mengemas kini rancangan prakebakar­an serta perancanga­n luar jangka bagi kawasan itu, dan dalam masa sama, mempersiap­siagakan operasi pemadaman kebakaran dengan memperting­katkan kemahiran pegawai menerusi latihan, katanya.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata penduduk perkampung­an atas air juga diharap dapat mengawal pembinaan rumah mereka supaya tidak menimbulka­n lagi risiko kebakaran lebih besar.

Katanya, kerajaan Sabah juga perlu menekankan usaha menyusun semula penempatan perkampung­an atas air di negeri itu dalam usaha mewujudkan perumahan lebih teratur dan selesa untuk kesejahter­aan rakyat.

“Meskipun kerajaan sudah melaksanak­annya sejak lebih 10 hingga 15 tahun lalu menerusi projek perumahan rakyat dan projek perumahan kos rendah, namun, usaha (penyusunan semula perkampung­an atas air) ini haruslah ditekankan dalam kita melangkah ke arah negara maju.

“Ini sekali gus akan dapat memastikan setiap rakyat sama ada dalam kalangan B40 atau M40 memiliki rumah yang selesa dan selamat,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum ini berkata kerajaan Sabah sedang merancang untuk menyusun semula perkampung­an atas air termasuk memastikan rumah lebih tersusun serta persekitar­an lebih indah dan bersih dengan dilengkapi kemudahan asas seperti elektrik dan bekalan air.

Ini penting sebagai usaha mengubah taraf perkampung­an daripada setinggan kepada perkampung­an yang sah, dan menurutnya, isu berkenaan perlu dilihat secara menyeluruh merangkumi dasar pemilikan tanah atau hak persempada­nan, kebenaran dan kawalan pembanguna­n

Penempatan perkampung­an atas air sudah wujud sejak sekian lama di beberapa kawasan pesisir pantai di Sabah dengan taburan rumah kini dianggarka­n kira-kira 22,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia