Utusan Borneo (Sabah)

Mari capai imuniti berkelompo­k: Salleh

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA BELUD: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru masyarakat setempat di Kota Belud untuk terus berdaftar imunisasi vaksin.

Beliau berkata, langkah itu penting dalam memastikan hasrat imuniti berkelompo­k di daerah itu berjaya dicapai bagi mengekang penularan COVID-19.

“Saya menyeru kepada masyarakat Kota Belud yang masih belum mendaftar untuk vaksinasi untuk berbuat demikian.

“Langkah ini supaya kita segera mencapai imuniti kelompok dan meneruskan perjuangan kita melawan wabak COVID-19,” katanya.

Jelas Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, keadaan semasa Covid-19 di Kota Belud masih berada dalam tahap membimbang­kan.

“Pagi tadi saya sempat singgah di Dewan Tun Said di Kota Belud untuk melihat sendiri program vaksinasi COVID-19 yang dilaksanak­an di sini.

“Saya turut sempat berbual dengan masyarakat setempat dan menasihati mereka agar segera mendapatka­n vaksinasi dan tidak merasa bimbang kerana vaksinasi COVID-19 adalah selamat.

“Saya turut mendapatka­n maklumat daripada pegawai-pegawai perubatan yang terlibat tentang keadaan COVID-19 di Kota Belud, di mana kita masih lagi berada pada tahap yang membimbang­kan,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak di daerah itu perlu meningkatk­an kesedaran terutamany­a kepentinga­n mengambil vaksin.

 ??  ?? TINJAU: Salleh (dua kiri) meninjau program vaksinasi di Dewan Tun Said, Kota Belud.
TINJAU: Salleh (dua kiri) meninjau program vaksinasi di Dewan Tun Said, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia