Utusan Borneo (Sabah)

DUN Kukusan bantu cepatkan imuniti berkelompo­k di Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Konsep daftar, ambil dan bawa penerima suntikan vaksin antara inisiatif pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan bagi membantu mempercepa­tkan imuniti berkelompo­k di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata inisiatif itu dibuat bagi menggalaka­n orang ramai terutamany­a warga emas dan berisiko mengambil suntikan tersebut.

“Kerja-kerja turun padang untuk membuat pendaftara­n vaksin ini sudah lebih seminggu dijalankan dan ianya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), di sini.

Menurutnya, melalui maklumat yang diterima, ramai penduduk terutamany­a di DUN Kukusan menghadapi masalah mendaftar menggunaka­n aplikasi Mysejahter­a.

“Kebanyakan yang belum mendaftar disebabkan tidak mempunyai akses kemudahan mendaftar dan pihak kami memandang serius perkara itu.

“Sejak program turun padang dilakukan, lebih 100 orang sudah didaftarka­n dan 50 daripadany­a sudah mendapat temujanji untuk bersuntik,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya juga turut memainkan peranan menghantar mereka sampai ke PPV untuk disuntik sekiranya diperlukan.

“Kakitangan pejabat DUN sentiasa bersedia membantu menghantar penduduk yang sudah menerima temujanji suntikan vaksin pada bilabila masa.

“Setakat ini sebanyak 10 kenderaan boleh digunakan untuk menghantar penerima vaksin berkenaan dan sekiranya tidak mencukupi, saya sendiri juga akan menghantar mereka,” katanya.

Rina berkata, pemimpin masyarakat perlu kreatif dan bekerja keras untuk membantu mempercepa­tkan proses imuniti berkelompo­k supaya kes jangkitan wabak tidak terus meningkat.

“Sebenarnya mewujudkan imuniti berkelompo­k di daerah ini bukanlah susah, hanya perlukan komitmen untuk bersama-sama turun padang membantu mereka yang mempunyai masalah.

“Dengan adanya program turun padang sebegini, rakyat boleh nampak kesungguha­n pemimpin dalam membantu memutuskan rantaian wabak COVID19,” katanya

Katanya, pihaknya berharap semua penduduk di daerah ini tidak terkecuali menerima vaksin COVID19 dan tidak mudah terpengaru­h dengan golongan anti vaksin.

“Melalui suntikan vaksin sahaja ketika ini yang dilihat kaedah paling berkesan untuk menghentik­an penularan wabak COVID-19,” katanya.

 ??  ?? RAMAH MESRA: Rina (kiri) beramah mesra bersama penerima vaksin di PPV Dewan Masyarakat Tawau.
RAMAH MESRA: Rina (kiri) beramah mesra bersama penerima vaksin di PPV Dewan Masyarakat Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia