Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n penerima vaksin beri isyarat jelas rakyat yakin dengan vaksin: Isnin

- Oleh Kenneddy Corlleus

BEAUFORT: Melihat kepada statistik pencapaian Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) bagi daerah Beaufort, bilangan penerima vaksin menunjukka­n peningkata­n yang memberangs­angkan.

Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih ketika ditemui Utusan Borneo semasa beliau membuat tinjauan bagi melihat perkembang­an di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pa Musa, beliau amat gembira melihat respons masyarakat di daerah itu terhadap program PICK.

Isnin turut menzahirka­n ucapan terima kasih kepada rakyat di Beaufort kerana telah memberikan kerjasama yang baik terhadap program PICK dan situasi ini jelas menunjukka­n masyarakat menerima baik usaha kerajaan dalam mencapai sasaran imuniti berkelompo­k.

“Terima kasih kasih kepada seluruh rakyat di Beaufort kerana tampil mendapatka­n suntikan vaksin. Bilangan penerima vaksin ini jelas menunjukka­n mereka yakin dan sedar tentang perkara ini dalam usaha memutuskan rantaian dan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, turut merayu kepada orang ramai khususnya rakyat di Beaufort yang belum mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin supaya melakukann­ya dengan segera bagi mempercepa­tkan proses mencapai imuniti berkelompo­k.

Jelas beliau, rakyat tidak perlu bimbang terhadap keberkesan­an vaksin tersebut kerana beliau sendiri telah melengkapk­an dua dos vaksin dan sehingga kini tidak mengalami apa-apa kesan sampingan.

Dalam pada itu, Isnin turut merakamkan penghargaa­n kepada Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan pemimpin masyarakat kerana sedikit sebanyak membantu proses pemberian vaksin di PPV dan berharap kerjasama dengan petugas barisan hadapan diteruskan lagi sehinggala­h selesai sepenuhnya program PICK.

 ??  ?? TINJAU: Isnin (tiga kanan) ketika meninjau perkembang­an di PPV Dewan Pa Musa, Beaufort.
TINJAU: Isnin (tiga kanan) ketika meninjau perkembang­an di PPV Dewan Pa Musa, Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia