Utusan Borneo (Sabah)

Masjid disaran lebih proaktif sepanjang PKP

-

KOTA KINABALU: Pengurusan masjid di negara ini disarankan bertindak lebih proaktif membantu masyarakat yang amat terjejas berikutan pelaksanaa­n PKP 3.0 sehingga hujung bulan ini.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADI ) Negeri Sabah, Haji Samin Haji Ongki, berpandang­an masjid adalah satu sumber kekuatan umat yang belum digembelin­g sepenuhnya.

“Memang benar Kerajaan melalui jabatan/agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat, agensi-agensi agama serta NGO memainkan peranan tetapi ia belum mencukupi memandangk­an bilangan yang terjejas sangat besar dan tempoh pandemik ini mengancam negara sudah kebih setahun lamanya,” katanya.

Pengurusan masjid terutama masjid masjid besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik boleh menyalurka­n bantuan bakul makanan kepada ahli kariah terjejas sekurang kurangnya.

“Inilah masanya pangkalan data ahli kariah sangat perlu ada di fail masjid. Keutamaan bantuan adalah kepada asnaf, pesakit kronik. Ibu tunggal miskin, anak yatim, OKU dan mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan tetap,” katanya.

Samin berpandang­an, banyak masjid cemerlang dari sudut peranannya sebagai Pusat Ibadah dan ilmu atau dakwah tapi belum banyak ysng cemerlang dari sudut Kebajikan komuniti.

Katanya, mewujudkan bank makanan dan menjadi pemudahcar­a kepada ahli kariah yang berkemampu­an menyalur sumbangan kepada ahli kariah yang kurang mampu apalagi yang sangat terjejas berikutan PKP 3.0 antara yang boleh dilaksanak­an oleh Jawatankua­sa Masjid.

Masjid juga boleh bekerjasam­a dengan tokoh korporat, syarikat, GLC untuk melaksana penyaluran sumbangan dengan mematuhi SOP MKN dan KKM.

 ??  ?? SAMIN
SAMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia