Utusan Borneo (Sabah)

Jangan perbesarka­n isu pengasinga­n troli barang di pasar raya: Norazlinah

- Oleh Hamzah Sanudin

KUNAK: Isu cadangan pengasinga­n troli barang di pasar raya tidak perlu diperbesar­kan sehingga boleh menghilang­kan sikap toleransi beragama di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif berkata isu pengasinga­n barangan halal dan non halal bukanlah satu perkara yang baharu di negeri ini.

“Perkara ini sudah diselesaik­an secara menangmena­ng apabila kebanyakan pemilik pasar raya akur dan telah menyediaka­n tempat khas untuk diisi barangan tidak halal,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini isu ini dibangkitk­an semula oleh ADUN dilantik yang menggesa supaya pengasinga­n troli antara barang halal dan non halal mesti dilaksanak­an di pasar raya.

“Secara peribadi saya menyambut baik gesaan ini, namun ia tidak bermaksud isu tersebut perlu diperbesar­kan sehingga boleh mengganggu keharmonia­n beragama di Sabah.

“Hal ini kerana, rakyat Sabah sudah terkenal dengan semangat dan sikap toleransi beragama yang tinggi sejak dahulu lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya faktor geografi dan demografi membuatkan asimilasi kaum dan budaya serta kepercayaa­n beragama di Sabah lebih cepat berbanding negeri lain di Malaysia.

“Misalnya, tidak sukar untuk menemui keluarga muslim yang mempunyai anggota keluarga beragama lain khususnya Kristian atau sebaliknya.

“Keadaan itu secara tidak langsung mewujudkan toleransi beragama yang tinggi dan kita boleh hidup saling menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

Justery, katanya, isu ini bukanlah satu perkara yang sulit untuk diperbesar­kan dan ia tidak menjadi masalah bagi pihak pasar raya melakukann­ya.

“Jika sebelum ini pasar raya boleh mengasingk­an tempat penyimpana­n barang halal dan non halal, mengapa penyediaan troli berasingan boleh menimbulka­n masalah.

“Pelaksanaa­n ini juga boleh meningkatk­an lagi perasaan hormat-menghormat­i dan mengelakka­n rasa curiga antara kaum dan agama,” katanya

Norazlinah berkata, penyediaan troli secara berasingan ini juga memberi kelebihan kepada sesebuah pasar raya kerana dapat mengelak kemungkina­n wujud perasaan was-was di kalangan orang Islam.

“Saya percaya, rakyat Sabah dapat bertoleran­si dan menerima baik serta memahami cadangan pengasinga­n troli ini tanpa perlu menjadikan­nya sebagai satu masalah,” katanya.

 ??  ?? NORAZLINAH
NORAZLINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia