Utusan Borneo (Sabah)

Rainforest World Music Festival 2021 dianjur secara maya

-

KUALA LUMPUR: Acara berprestij tahunan yang meraikan budaya dan warisan melalui gubahan muzik indah Rainforest World Music Festival (RWMF) kembali membawakan keseronoka­n selama tiga hari dari 18 hingga 20 Jun 2021 dan disiarkan secara maya melalui Shopee Live berikutan penobatan Shopee sebagai Rakan Edagang Rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak, Sharzede Datu Hj Salleh Askor, berkata, kerjasama bersama Shopee ini membolehka­n pihaknya untuk terus mempersemb­ahkan acara ini walaupun dengan cara yang berbeza.

“Walaupun kami tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembaha­n secara langsung, kami berharap para peminat dan rakyat Malaysia masih dapat menikmati acara yang menyeronok­kan ini bersama keluarga mereka di rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada RWMF, Borneo Jazz Festival (BJF) tahun ini yang akan berlangsun­g pada hujung minggu berikutnya turut akan disiarkan melalui Shopee Live.

Para penonton akan dihiburkan oleh barisan pemuzik jazz termasuk Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan “Prince of Borneo” - Pete Kallang, dari 25 hingga 27 Jun pada jam 6 petang.

Untuk mewujudkan pengalaman maya yang lebih menarik lagi, Lembaga Pelanconga­n Sarawak telah membuka kedai rasminya di Shopee untuk menampilka­n produk-produk dari kedua-dua acara RWMF dan BJF.

Ini termasuk baju-T Edisi Terhad RWMF dan BJF, Pelitup Muka Batik Linut Edisi Terhad, Pelitup Muka Bercorak Batik Edisi Terhad dan produk-produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang.

Para peminat juga dapat menikmati baucar kedai dengan potongan harga hingga RM8, subsidi penghantar­an hingga RM13 dan Pulangan Tunai Syiling Shopee terhad kepada RM5 apabila mereka membeli dari kedai tersebut.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho, berkata, RWMF dan BJF yang dinanti-nantikan akan berlangsun­g secara maya buat pertama kali dan Shopee amat teruja untuk menyiarkan acara-acara muzik ini di Shopee Live.

“Sokongan kami kepada bakat-bakat tempatan tidak terhad kepada teknologi sahaja, malah kami turut akan mempamerka­n produkprod­uk unik dari Sarawak.

“Memandangk­an keduadua acara muzik ini berlangsun­g seiring dengan 7.7 Jualan Tengah Tahun kami, kami akan mengambil peluang ini untuk memacu jualan bagi para penjual Sarawak dalam tempoh ini, di mana semua orang dapat berhibur dengan pengalaman maya RWMF dan BJF sambil menikmati laksa Sarawak, kolo mee dan teh 3 lapis di rumah.

“Masukkan sahaja perkataan ‘Sarawak’ di bar carian Shopee untuk menemui lebih banyak produk. Kami mengucapka­n selamat maju jaya kepada Lembaga Pelanconga­n Sarawak serta semua pemuzik untuk pengalaman maya ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai RWMF serta BJF di Shopee Live, dan barangan edisi terhad, layari https:// shopee.com.my/m/rwmfshopee-live.

 ??  ?? HIBURAN: Persembaha­n RWMF tahun ini disiarkan melalui Shopee Live dari jam 6 petang, memberikan akses kepada berjuta-juta rakyat di seluruh negara untuk menikmati festival muzik ini dari keselesaan rumah mereka sendiri.
HIBURAN: Persembaha­n RWMF tahun ini disiarkan melalui Shopee Live dari jam 6 petang, memberikan akses kepada berjuta-juta rakyat di seluruh negara untuk menikmati festival muzik ini dari keselesaan rumah mereka sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia