Utusan Borneo (Sabah)

320 petugas barisan hadapan terima bantuan dari PKOB Tuaran

-

TUARAN: 320 petugas barisan hadapan di daerah ini menerima bantuan makanan sebagai tanda sokongan dan penghargaa­n.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tuaran Sadan Hussain berkata, aspek kebajikan para petugas barisan hadapan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya dan berharap bantuan berkenaan dapat memberi semangat kepada mereka untuk melaksanak­an penugasan sepanjang pandemik COVID-19 dengan penuh dedikasi.

Sadan yang juga Pegawai Daerah menjelaska­n, agihan berupa makanan kering, makanan bermasak serta air mineral itu melibatkan para petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Sulaman dan semua pos Sekatan Jalan Raya (SJR), pada Jumaat.

“Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di daerah ini, PKOB menetapkan sembilan SJR beroperasi 24 jam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa.

“Antaranya ialah SJR Jalan Tuaran-Kota Belud (Tenghilan), Jalan Ranau-Tamparuli (Tamparuli), Jalan TuaranKota Kinabalu (Telipok), Jalan Tanjung Tuaran, Jalan Maktab KENT, Jalan Marabahai (Pekan Tuaran), Jalan Tanjung Labuya, Jalan Kg Simpangan dan Jalan Kg Bolong Baru,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Hadir sama dalam tinjauan itu ialah Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Lt. Pa Paulina Francis, Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Hazuan Salim, Pegawai Penerangan Daerah Malina Jamarin, Pegawai Kebajikan Daerah Jani Lani dan Pengerusi Kelab Belia Pekan Tuaran Mohammad Ghazali Hajiji

 ??  ?? SUMBANGAN: Sadan (tengah) diiringi Hamizi (kanan) menyampaik­an bantuan makan kepada petugas SJR di Jalan Maktab KENT Tuaran.
SUMBANGAN: Sadan (tengah) diiringi Hamizi (kanan) menyampaik­an bantuan makan kepada petugas SJR di Jalan Maktab KENT Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia