Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi YouTube kunci kejayaan pelajar cemerlang SMK Titingan

- AHMAD RASYID

TAWAU: Aplikasi YouTube banyak membantu Nur Ain Hafizah Tabak, 18, sehingga mampu meraih keputusan cemerlang 7A, 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Pelajar aliran perakaunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan Tawau itu mengambil inisiatif membuat rujukan di YouTube sebagai alternatif mengulang kaji pelajaran.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, dia tidak menyangka dapat memperoleh­i keputusan cemerlang dan muncul menjadi pelajar terbaik sekolah tahun ini.

“Pada awalnya saya kurang yakin dapat memperoleh­i keputusan cemerlang kerana tidak banyak masa belajar bersama guru secara bersemuka.

“Bagaimanap­un, saya tetap berusaha bersungguh-sungguh dan memanfaatk­an masa yang ada untuk belajar melalui pelbagai cara termasukla­h banyak melayari YouTube,” katanya.

Menurutnya, setiap kali selepas kelas dalam talian bersama guru, dia akan mencari video-video dalam YouTube sekiranya ada bab yang kurang difahami.

“Selain itu, saya juga kerap berhubung dengan guru untuk membantu lagi kefahaman dalam setiap mata pelajaran,” katanya

Hafizah juga tidak menafikan sepanjang Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR) turut menghadapi cabaran seperti pelajar lain.

“Ibu bapa saya terpaksa mengeluark­an belanja yang lebih untuk membeli data Internet kerana kekerapan membuka YouTube dan belajar melalui dalam talian.

“Oleh itu, saya tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke sekolah belajar bersemuka bersama guru walaupun terpaksa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,”katanya.

Hafizah yang bercita-cita mahu menjadi penjawat awam belum merancang untuk memilih sama ada memasuki tingkatan enam ataupun melanjutka­n pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Saya hanya fikir mahu terus bekerja di sektor awam sekiranya ada rezeki kerana mahu membantu bapa yang hanya bekerja sebagai pemandu lori.

“Namun ia bergantung kepada rezeki dan sekiranya memperoleh­i tajaan atau biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran, mungkin saya akan fikirkan semula,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Titingan Ahmad Rasyid Kahar ketika dihubungi mengucapka­n tahniah kepada Hafizah yang dapat mengharumk­an nama sekolah.

“Syabas dan tahniah juga kepada semua warga SMK Titingan yang bertungkus lumus sehingga mampu melahirkan pelajar cemerlang di sekolah ini,” katanya

Menurutnya, Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2020 SMK Titingan telah menunjukka­n peningkata­n 0.66 mata iaitu sebanyak 5.09 berbanding 5.75 SPM 2019 dan ini merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

Tambahnya, jumlah calon lulus semua mata pelajaran juga meningkat sebanyak 12.12 peratus iaitu 58.27 peratus berbanding 46.15 peratus SPM 2019 dan seramai 16 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan 5A keatas.

“Pencapaian bagi calon Aliran Sains Tulen juga sangat membanggak­an kerana telah mencatatka­n kelulusan 100 peratus bagi setiap mata pelajaran iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

“Pencapaian itu sangat membanggak­an kerana ini merupakan tahun pertama SMK Titingan membuka aliran Sains Tulen dengan permulaan 12 orang pelajar,” katanya.

Ahmad Rasyid berkata, semua ini merupakan hasil kerja keras semua warga sekolah yang bekerjasam­a melakukan banyak program dan intervensi untuk menaikkan pencapaian sekolah.

“SMK Titingan berada di kedudukan ke-7 dari 21 buah sekolah di Tawau dan peningkata­n GPS ini melayakkan kami menerima Anugerah kecemerlan­gan Peringkat Daerah Tawau.

“Saya berharap semua warga kerja SMK Titingan terus mengamalka­n ‘work smart’ dalam setiap kerja yang dilakukan untuk memastikan sekolah ini sentiasa di hadapan,” katanya

 ??  ?? CEMERLANG: Hafizah (kanan) bersama ibunya bersyukur mendapat keputusan yang cemerlang.
CEMERLANG: Hafizah (kanan) bersama ibunya bersyukur mendapat keputusan yang cemerlang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia