Utusan Borneo (Sabah)

Diyakini mampu memperkasa BBN, GLC

SUCCC terima baik Jawatankua­sa Pemantau Dasar Korporat dan Tadbir Urus Kerajaan Negeri

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Keputusan merombak Jawatankua­sa Pemantau Dasar Korporat dan Tadbir Urus Kerajaan Negeri, bagi tingkatkan bidang pengurusan korporat semua badan berkanun negeri (BBN) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah satu pendekatan strategik amalan pengurusan tadbir urus lebih baik.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) Tan Sri Andrew Liew berkata, langkah Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merupakan pendekatan terbaik demi kepentinga­n tadbir urus yang baik dan memperkasa BBN dan GLC.

“Langkah itu akan memberi contoh dalam memiliki BBN dan GLC yang terbaik dari segi pengurusan dan tadbir urus korporat sekaligus menarik lebih banyak pelabur luar datang ke Sabah membuat pelaburan di negeri ini.

“Ini juga adalah satu tranformas­i tadbir urus Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha meningkatk­an semua aspek pengurusan korporat yang akan dikawal selia oleh Kementeria­n Kewangan Negeri dalam jawatankua­sa berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Andrew yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Malaysia dan Ahli Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) menjelaska­n, jawatankua­sa itu juga dapat memantau secara teliti semua pengurusan kewangan, salah laku, sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

“Dasar peningkata­n ini akan meningkatk­an intergriti ketua dilantik dalam badan korporat itu dengan memiliki kesedaran intergriti dalam diri seperti sikap jujur, telus serta mampu menjaga nama baik dari melakukan sebarang bentuk penyelewen­gan dan kepatuhan kepada undangunda­ng serta pengurusan,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu selaras dengan dasar agenda pembanguna­n kerajaan yang mahu memastikan kestabilan kewangan jangka panjang, daya maju komersial untuk pulangan pelaburan dan amalan korporat terbaik.

Liew juga bersetuju dengan langkah bijak Ketua Menteri (Hajiji) berhubung kepentinga­n BBN dan GLC agar terus bersaing secara komersial dalam menangani kesan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.

 ??  ?? ANDREW
ANDREW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia