Utusan Borneo (Sabah)

PBSS terus sumbang bantuan COVID-19

-

KOTA BELUD: Simpati dengan kesusahan rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akibat pandemik COVID-19, sekali lagi Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) melalui Timbalan Presidenny­a, Datuk Haji Musbah Haji Jamli, tampil menghulurk­an sumbangan bahan makanan asas kepada penduduk di beberapa kawasan daerah Kota Belud.

Arahan PKP penuh tempoh hari yang dikeluarka­n Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bermula pada 1 Jun lepas menyebabka­n penduduk yang kurang mampu di beberapa kawasan, terjejas pendapatan dan terhad pergerakan untuk menjalanka­n aktiviti harian.

Menyedari kesusahan dan kesukaran rakyat itu, PBSS daerah Kota Belud melancarka­n program ‘Prihatin PBSS Kota Belud’ bertujuan menyantuni golongan yang benar-benar mengalami kesusahan dan terkesan dengan situasi PKP 3.0 dan pandemik COVID-19 yang masih belum ada kesudahann­ya.

Pengagihan sumbangan berupa bahan makanan asas dilakukan oleh beberapa ahli PBSS daerah Kota Belud, bermula 7 Jun hingga 11 Jun lepas.

Menurut petugas agihan dan ahli PBSS, Arman Usul dan Yazlee Rosli, mereka terpaksa bergerak dengan SOP ketat serta kebenaran pergerakan yang terhad ke kampung-kampung berkenaan.

Antara kampung diagihkan ialah Kampung Labuan, Gunding, Linau, BobotEjuk, Taun Gusi, Jawi-jawi, Kesapang dan Sangkir.

Untuk rekod, PBSS Kota Belud sentiasa menghulurk­an sumbangan bantuan kepada golongan kurang mampu ketika pandemik COVID-19 bermula dari PKP yang pertama Mac tahun lepas.

Program prihatin ini sentiasa mendapat sokongan daripada Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden PBSS.

 ??  ?? SUMBANGAN: Petugas PBSS yang menyampaik­an agihan bahan makanan.
SUMBANGAN: Petugas PBSS yang menyampaik­an agihan bahan makanan.
 ??  ?? PRIHATIN: PBSS prihatin membantu mereka yang terjejas.
PRIHATIN: PBSS prihatin membantu mereka yang terjejas.
 ??  ?? GOLONGAN TERKESAN: PBSS menghulurk­an sumbangan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik.
GOLONGAN TERKESAN: PBSS menghulurk­an sumbangan kepada golongan yang terkesan akibat pandemik.
 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Antara penerima sumbangan PBSS di daerah Kota Belud.
RINGANKAN BEBAN: Antara penerima sumbangan PBSS di daerah Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia