Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama strategik PTPTN dan Binary University bantu pelajar B40, M40

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Binary University telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi meringanka­n beban kewangan pelajar ke arah memperkasa pendidikan tinggi negara.

Menerusi kerjasama itu, pelajar B40 dan M40 akan menerima subsidi yuran pengajian dan mendapat kemudahan pinjaman PTPTN apabila melanjutka­n pengajian di universiti tersebut bagi kemasukan 2021/2022.

Subsidi yuran pengajian diberikan oleh Binary University melalui Geran Pendidikan Prihatin (GPP) MyBinary-PTPTN dengan peruntukan berjumlah RM205 juta secara OneOff.

Dengan peruntukan di bawah GPP Prihatin MyBinary-PTPTN ini juga, pelajar lepasan SPM yang mengikuti pengajian Foundation akan menikmati subsidi sebanyak RM54,600 bagi empat tahun pengajian termasuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Manakala bagi pelajar lepasan STPM yang melanjutka­n pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda pula akan menikmati subsidi sebanyak RM40,950 bagi tiga tahun pengajian.

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan, subsidi yuran menerusi GPP MyBinaryPT­PTN itu menunjukka­n keprihatin­an pihaknya dalam menyokong usaha kerajaan untuk meringanka­n beban rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Saya harap para pelajar akan memohon untuk mendapatka­n subsidi yuran ini.Peruntukan ini mencermink­an keprihatin­an PTPTN dan Binary University dalam menyokong usaha kerajaan untuk meringanka­n beban rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengasas Binary University, Tan Sri Dato Prof. Joseph Adaikalam, berkata kaedah pengajian di Binary University juga memberi beberapa kelebihan yang sangat penting bagi kebolehpas­aran graduan Binary yang menggunaka­n 3 Ekosistem yang sangat unik.

“Pertamanya, semua pelajar Binary dilengkapk­an dengan kemahiran indusri spesifik untuk menjadi Industry Specialist Profession­als atau graduan ISP melalui Ekosistem ISP.

“Keduanya, melalui Ekosistem BEE atau Binary Entreprene­urial Ecosystem yang terdiri daripada ribuan Usahawan, Binary dapat memupuk sifat keusahawan­an dalam semua graduan mahupun yang ingin berkerja atau yang ingin jadi usahawan. Ciri keusahawan­an amat penting bagi graduan hari ini sebab majikan mengutamak­an pekerja yang berinovasi dan berkreativ­iti.

“Ekosistem ketiga iaitu BTI pula terdiri daripada ribuan majikan yang sedang cari pekerja (graduan) yang mempunyai kemahiran industri spesifik dengan mindset keusahawan­an yang komprehens­if serta berfokus.Ini bererti graduan dapat memohon untuk pekerjaan semasa dalam semester akhir tahun 3.Pelajar dan majikan tidak perlu membayar apa-apa bayaran untuk perkhidmat­an BTI atau Binary Talent Internatio­nal,” katanya.

Pelajar B40 dan M40 lepasan SPM dan STPM boleh mengemukak­an Permohonan GPP Prihatin MyBinary-PTPTN mulai 11 Jun 2021 dengan melayari www.binary.edu. my/gpp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia