Utusan Borneo (Sabah)

MATRIX 2021 tingkatkan kebolehpas­aran graduan UMS

-

KOTA KINABALU: Dalam menghadapi cabaran dunia globalisas­i, majikan tidak hanya mementingk­an graduan yang mempunyai kemahiran teknikal semata-mata, tetapi lebih memilih untuk mengambil graduan yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang.

Malah keyakinan diri yang tinggi juga memberi kelebihan dalam persaingan sengit mendapatka­n pekerjaan dewasa ini.

Sehubungan itu, Program Teknologi Seni Visual, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah telah mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai disiplin dalam meningkatk­an kadar kebolehpas­aran graduan.

Salah satunya adalah melalui penganjura­n program Projek Akhir Pelajar (MATRIX) 2021.

Projek Akhir Pelajar atau MATRIX adalah singkatan kepada Media Art Technology with Camera Tricks Exellence yang merupakan salah satu kursus teras program yang mempamerka­n hasil karya seni pelajar tahun akhir Program Teknologi Seni Visual.

Pada tahun ini, projek akhir pelajar membawakan tema From Local to the Global yang memaparkan keindahan kesenian dan kebudayaan di Borneo.

Pemilihan tema pada tahun ini bersesuaia­n dengan aplikasi teknologi dalam memperkena­lkan kepelbagai­an budaya yang terdapat di bumi Borneo khususnya di Sabah.

Walaupun dengan kekangan situasi pandemik pada masa ini, tidak menghalang untuk menengahka­n kepelbagai­an ini kepada generasi muda masa kini supaya warisan yang terdapat di Borneo dapat dikelakkan.

Sepanjang program MATRIX berlangsun­g, pelajar akan dinilai mengikut disiplin dalam seni visual antaranya Seni Halus, Grafik, Animasi 2D, Animasi 3D, pemetaan video dan Rekaan Produk dan Kraf.

Setiap karya atau produk perlu dilengkapk­an dengan proses kreatif (folio) dan karya akhir yang berdasarka­n kajian subjek dan olahan.

Pameran penilaian ini diadakan untuk memenuhi syarat membolehka­n pelajar Program Teknologi Seni Visual bergraduat. Karyakarya pelajar juga turut boleh dicapai memalui laman sesawang

Melalui projek ini membawa audiens menyelami keunikan budaya dalam pelbagai bentuk visual seperti seni halus dan seni media digital.

Gabungan kedua-dua bidang ini menjadikan produk karya seni lebih bermutu seiring dengan perkembang­an teknologi masa kini.

Hasil projek ini juga akan menerbitka­n dengan katalog karya seni pelajar adalah satu bentuk Open Education Resources (OER) iaitu sokongan terhadap pembanguna­n epembelaja­ran.

Usaha ini seiring dengan peredaran semasa dan matlamat Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mempelbaga­ikan media pembelajar­an dan pengajaran universiti awam di Malaysia.

Selain berupaya mempromosi­kan pelajar dan karya seni pelajar ke peringkat global.

MATRIX pada kali ini memaparkan 96 hasil karya pelajar termasuk sepuluh karya pelajar antarabang­sa dari negara Brunei dan China.

Kesemua pelajar menghasilk­an satu karya seni berdasarka­n bidang pengkhusus­an yang dipilih oleh pelajar sendiri.

Melalui projek MATRIX 2021 ini turut menyaksika­n pengaplika­sian teknologi dalam persembaha­n karya seni bagi membuka ruang prospek baru yang lebih luas khususnya aplikasi teknologi dalam seni visual.

Kelebihan yang telah dipelajari di dalam kuliah membolehka­n pelajar mempelbaga­ikan dan mencorakka­n kreativiti dengan menggabung­kan kemahiran dengan teknologi yang sedia ada.

Antara pengaplika­siaan teknologi dalam hasil karya adalah seperti pemetaan video serta animasi bentuk 2D dan 3D.

Karya seni halus pula menampilka­n karya-karya yang lebih menjurus kepada lukisan, catan dan arca.

Penyelaras projek MATRIX 2021, Dr. Addley Bromeo Bianus, menjelaska­n projek MATRIX telah diadakan bermula pada tahun 2007 dan diadakan pada saban tahun.

Katanya, program iitu diadakan bagi mengiktira­f karya seni pelajar dan mendedahka­n pelajar dengan pihak industri seni dalam mengembang­kan potensi mereka.

Pihak program berharap agar MATRIX pada kali ini dapat membuahkan hasil yang lebih baik dan karyakarya yang terpapar mampu di bawa ke persada antarabang­sa sekaligus menaikkan nama program Teknologi Seni Visual.

Pengarah projek MATRIX 2021, Low Guek Xin, menyatakan kesyukuran di atas perlaksana­an projek MATRIX pada tahun ini.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua pensyarah dan rakanrakan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek MATRIX.

“Pelajar berupaya mencapai objektif pelaksanaa­n kursus serta peningkata­n kemahiran kendiri pada diri pelajar,” ujarnya.

Beliau berharap projek akhir MATRIX 2021 dapat mencapai objektif utama kursus, iaitu pelajar berupaya mengaplika­si kemahiran praktikal dan psikomotor terhadap penggunaan bahan, teknik dan teknologi.

Ia boleh dilakukan dengan gabungan unsur seni dan prinsip seni dalam menghasilk­an karya seni berteraska­n teknologi, membentuk keupayaan sebagai peneraju perniagaan di industri-industri seni selain memupuk kemahiran kepimpinan dan berkomunik­asi di kalangan pelajar tahun akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia